SALAM AIDILADHA 1434H

Salam Aidiladha 1434H
sumber: tulusdarihati.com & iluvislam.com
 
Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA 1434H semua umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga negara-negara islam yang sedang bergolak sekarang kembali aman sejahtera
 
Kepada yang dapat cuti hari ini dan balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Manakala yang kena kerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Selamat menjalani ibadah korban yang akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha esok. Walaupun kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan, ingatlah kepada umat Islam di luar negara sana yang sedang kebuluran dan kesusahan akibat perang ataupun kemiskinan. Amalkan amalan bersederhana dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran.
 
Sebelum saya lupa, marilah kita bersama-sama mendoakan Jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur. Semoga kita mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail. Ingat ALLAH setiap masa dan ketika
 
 
 

[BERITA SEDIH] : 6 beradik Ditinggal Kelaparan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Sedih melihat gambar enam beradik yang ditinggalkan kelaparan oleh ibu bapa mereka yang sangat tak bertanggungjawab. Bila melihat wajah kanak-kanak yang masih kecil dan comel ni, teringat kepada anak sendiri. Rasa nak terkeluar air mata bila melihat gambar dibawah ini.
 
Enam beradik ditinggal kelaparan


 
 
Enam beradik ditinggal kelaparan
 
Anak-anak kecil yang tak bersalah ini dibiarkan tanpa diberikan makan dan minum. Bayi kecil ini pula dibiarkan kehausan. Apalah yang difikirkan oleh kedua ibu bapanya sehingga sanggup buat begini. Kalau bergaduh pun, janganlah anak yang tak bersalah ini pula menerima  akibat. Mungkin benarlah orang kata
 
"Pandai buat anak saja... Jaga anak tak pandai "
 
Untuk mendapatkan berita penuh klik sini : sumber

Betul ke Mr Bean Dah Masuk Islam?

 
Mr Bean Masuk Islam
Sumber: Sinarharian.com.my
 
Ini adalah berita yang paling hit untuk hari ini. Rata-rata blogger memilih tajuk entri berkenaan perkara ini. Inilah contoh isu semasa yang boleh digunakan oleh blogger untuk membuat entri.
 
Berdasarkan sumber, berita ini dipetik daripada laman web islampos.com dan juga Sadalbadi.com. Jika benar, besar kemungkinan media barat tidak akan membesar-besarkan berita gembira ini kerana tiada kelebihan di pihak mereka.
 
Sapa yang tak kenal dengan Mr Bean iaitu watak yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson. Watak komedi yang dilakonkan oleh beliau sangat menjadi sehingga semua golongan daripada kanak-kanak hingga golongan tua sangat mengenali beliau. Watak Mr Bean juga pernah dibawa ke layar perak melalui filem  Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr Bean's Holiday
 
Sinarharian juga memilih tajuk ini sebagai berita terkini. Sila rujuk sumber

20 Cara Mencari Idea Entri Blog



Idea Entri Blog

Salam 1 Malaysia,

Adakah anda setuju kalau saya katakan bahawa walaupun dah lama jadi blogger, kadangkala boleh buntu juga nak cari idea menulis entri blog ni. Jadi, saya kongsikan 20 Cara Mencari Idea Menulis Entri Blog untuk membantu anda

1. Senarai

Saya dapati ramai yang suka baca senarai, Buatlah senarai yang boleh menarik perhatian pelawat contohnya 10 artis wanita paling cantik, 5 tempat patut dilawati, 10 top blogger Malaysia dan sebagainya. Ini pula contoh entri blog saya.
2. Akhbar Online

Sumber daripada akhbar online seperti Berita harian, utusan, metro,sinar harian dan lain-lain. Cuba cari tajuk yang agak menarik seperti cerita artis, cerita kemalangan, berita minyak naik, keputusan UPSR, Pembentangan Bajet 2014 dan sebagainya