Kepentingan Membuat Catatan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
 
Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya sempat mendengar radio IKIM.fm
 
Topik yang dibincangkan adalah berkenaan pentingnya membuat catatan. Deejay ada juga menyebut, jika sesuatu perkara itu kita hanya bergantung kepada ingatan sahaja. Ada kemungkinan kita akan lupa. Tapi, jika kita mencatat dimana-mana tak kira di diari, blog, facebook dan lain-lain kita boleh membaca kembali catatan tersebut.
 
Antara kepentingan membuat catatan adalah 
 
1. Menjadi rujukan berharga di masa hadapan
 
2. Menjadi panduan kepada orang lain  
 
3. Berkongsi Idea-idea baru
 
4. Berkongsi pengalaman 
5. Sebagai medium membaiki diri ke tahap yang lebih baik.
Sarjana-sarjana Islam pada masa dahulu juga banyak menulis sehinggakan ilmu mereka dapat dimanfaatkan. Saya tak dapat senaraikan disini satu persatu kerana tidak dapat mengingat nama mereka. Namun, sumbangan sarjana Islam terhadap dunia sains moden memang tak boleh dinafikan.

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis kembali di blog ini. Saya sedar blog ini tiada pembaca sejak saya berhenti menulis pada Oktober 2013. Tapi, itulah yang menjadi cabaran buat saya untuk menarik kembali pembaca ke blog saya ini
 
Wassalam