5 produk hot di pasaran

Ramai yang mencari cari cara untuk menambah pendapatan. 

Salah satu cara yang disyorkan adalah melalui bisnes.

Ada 2 jenis model bisnes iaitu bisnes offline dan juga bisnes online.

Bisnes Offline

Bagi yang kurang mahir tentang IT selalunya akan pilih bisnes offline. Contoh yang paling mudah adalah bisnes di bazar ramadhan seperti bisnes makanan, bisnes minuman, bisnes kosmetik,bisnes pakaian, bisnes makanan tambahan dan lain lain lagi.

Nak buat bisnes offline anda perlu sewa tapak seperti gerai ataupun kedai. Tempat juga perlu strategik. Perlu cari tempat yang ada ramai orang. Sewa tapak selalunya bergantung kepada tempat. Makin popular tempat tu, makin mahallah sewa tapak. Itu tak termasuk lagi kos nak beli canopy, generator set(berniaga malam), petrol, kenderaan dan lain lain kos.

Bisnes online

Nak memulakan bisnes online anda cuma perlu ada komputer, sambungan internet, ilmu dan minat. 

Tak dinafikan sekarang ni kebanyakan rumah sudah ada komputer dan sambungan internet. Tapi, selalunya hanya digunakan untuk tujuan bersosial dengan rakan rakan melalui facebook, twitter, instagram dan sebagainya.

Sebenarnya anda boleh menjana pendapatan di internet, daripada anda bergosip atau bersembang kosong yang tiada faedah lebih baik gunakannya ia untuk buat duit.

Sama macam bisnes offline, bisnes online juga perlu ada tapak. Untuk bisnes online anda tak perlu keluar kos untuk menyewa tapak. Anda boleh gunakan blog, Fanpage, Forum, mudah.my, lelong.com, ebay dan sebagainya. Saya syorkan anda guna yang percuma dahulu sebelum cuba yang berbayar.

Anda berminat nak buat bisnes tapi tak tahu nak jual apa?

Salah satu cara nak mencari idea produk atau perkhidmatan adalah dengan membuat pemerhatian terhadap persekitaran dan sekeliling anda; cari permintaan terlebih dahulu sebelum memilih produk atau perkhidmatan 

Langkah seterusnya adalah memberi tumpuan kepada minat dan kemahiran anda.

Kesesuaian bisnes dengan minat, bakat, kemahiran , pengetahuan dan pengalaman diri kita sendiri adalah penting. Kesesuaian menjadikan diri kita sentiasa bersemangat dan gembira menjalankan aktiviti bisnes.

Anda boleh ikut cara berikut untuk memilih jenis bisnes yang bersesuaian dengan diri anda sendiri

1. Penilaian diri sendiri

a. Kemahiran kerja saya termasuk .......

b. Pengalaman kerja yang saya ada ..................

c. Latar belakang pendidikan saya .................

d. Hobi saya termasuk................

e. Saya benar-benar (suka atau tidak suka ) bekerja dengan orang dewasa, orang yang lebih tua, kanak-kanak, binatang, serangga, mesin, tanam-tanaman, makanan ataupun dengan teknologi

f. Saya tidak suka melakukan kerja didalam (ya/tidak) ataupun di luar rumah (ya/tidak)

g. Saya suka aktif (ya/tidak) ataupun duduk sahaja (ya/tidak) semasa menjalankan kerja-kerja saya

h. Saya seorang yang suka memulakan sesuatu dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas harian bagi memenuhi keperluan permintaan bisnes (ya/tidak)

i.  Saya menganggarkan dengan realistik beberapa jam dalam seminggu bagi digunakan dalam membangunkan bisnes baru saya (ya/tidak)

j. Pada tarikh _______ saya pasti dapat menjalankan operasi bisnes saya di rumah

2. Senaraikan idea-idea bisnes yang bersesuaian dengan kebolehan, minat, gaya hidup dan juga keluarga

Disini saya senaraikan 5 produk/niche yang memang hot di pasaran:

1.Produk Pelaburan:

Panduan Forex
Panduan Saham
Panduan Silver


2.Niche buat duit:

Buat duit dengan facebook
Buat duit dengan blog


3.Niche Kerjaya:
Panduan Temuduga
Panduan Lulus peperiksaan


4.Produk Kesihatan dan Kecantikan

5.Produk Kebahagiaan Rumah Tangga 


Tugas anda sekarang adalah kenalpasti produk apa yang anda minat dan nanti kita sambung  dimana nak cari produk, nantikan...




Mencari Peluang Buat Duit Raya 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang bisnes online

Saya yakin..ramai yang berkeinginan nak tambah income sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi..kan?

Jika anda perasan sekarang ni dah mula muncul pelbagai program buat duit di internet yang menjanjikan bulan dan bintang (modal kecil, pulangan besar..ada yang boleh dapat juta-juta)

Saya harap rakan-rakan berhati-hati sebelum join mana-mana program buat duit. 

Bukan apa..selalunya time begini banyak pihak yang suka ambil kesempatan atas kesempitan/kesusahan orang lain.

Niat di hati nak tambah income..last sekali makin banyak pula duit yang kena keluar

Banyak sangat program menjanjikan peluang mudah mendapat pendapatan lumayan tanpa tak perlu susah payah ..

"join je ..lepas tu goyang kaki dapat duit, tak perlu cari orang"

Ramai yang suka join program yang sebegini kerana mereka fikir inilah cara mudah untuk buat duit.

Sedangkan kalau semua sekadar tunggu sahaja tanpa usaha, masakan duit boleh datang dengan sendiri. Takkan nak harap duit limpahan semata-mata

Banyak program yang saya perhatikan menggunakan yuran pendaftaran untuk bayar kepada ahli yang join program lebih awal. Jadi, sapa cepat join program untunglah sebab bila ada ahli baru masuk, mereka ni sure akan dapat duit. Apa jadi sekiranya tak ada kemasukan ahli baru ? Adakah mereka mampu bayar anda mengikut sepertimana yang dijanjikan?

Sekiranya anda jenis yang ada duit tapi tak tahu nak cara nak biakkan duit, tak suka nak cari-cari orang, lebih baik anda belajar main saham dengan cara yang SAH dan BETUL. 

Bukan dengan sertai skim pelaburan di internet yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia. 

Saya syorkan anda dapatkan panduan main saham cara yang sah lagi HALAL. Ini adalah kerana anda akan dapat belajar melabur di kaunter patuh syariah sahaja.


Namun begitu sekiranya anda jenis yang minat bisnes, saya syorkan anda buat bisnes online tanpa produk sendiri. Model bisnes yang saya maksudkan adalah dropship dan juga affiliate

Bisnes Online Dropship



Untuk menjalankan bisnes dropship, apa yang anda perlukan adalah tapak untuk menjual dan juga supplier(dropshipper)

Sekiranya bisnes offline, tapak menjual adalah gerai atau kedai (anda perlu bayar sewa kedai, bil letrik, air dan sebagainya)

Manakala untuk bisnes online, tapak menjual adalah seperti blog, fanpage, forum, website, youtube, twitter, instagram dan sebagainya 

Kebanyakan tapak menjual ini anda boleh buat secara percuma sahaja.

Untuk orang baru, saya nasihatkan anda mulakan dengan apa yang anda ADA dan PERCUMA

Untuk itu, saya syorkan anda belajar buat blog terlebih dahulu. Sebabnya anda boleh buat blog secara PERCUMA menggunakan blogger.com

Selepas dah tahu buat blog, barulah anda belajar cara nak tarik trafik ke blog anda dan seterusnya bagaimana nak buat jualan. 

Dalam post seterusnya, saya akan kongsikan dimana nak cari lubuk supplier..nantikan