Cara Nak Cari Idea Bisnes


idea bisnes
Cara nak cari Idea Bisnes | Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk cari idea bisnes

1. Apa masalah yang anda hadapi baru baru ini? Atau apa masalah rakan anda?

Masalah keadaan dalam rumah yang panas
Masalah lipas, semut dan tikus berkeliaran dalam rumah
Masalah migrain
Masalah jerawat
Masalah sinus
Masalah berat badan
Masalah muka gelap
dan sebagainya

Bila ada masalah, disitulah peluang untuk anda buat duit. 

2. Apa kepakaran yang anda ada? Berikut saya senaraikan beberapa kemungkinan

Kepakaran anda buat website--tawarkan servis buat website
Kepakaran anda menulis blog - tawarkan servis buat blog
Kepakaran anda buat video - tawarkan servis buat video
Kepakaran anda buat grafik - Tawarkan servis buat grafik
Kepakaran anda menulis ayat jualan - tawarkan servis buat ayat jualan
Dan lain-lain lagi

3. Apakah hobi anda? cuba senaraikan disini

Adakah anda boleh gunakan hobi anda untuk buat duit?

Contohnya :

Hobi membuat bakul- boleh menjual bakul yang dihasilkan untuk buat duit
Hobi tanam pokok- Anda boleh jual anak benih pokok untuk buat duit
Hobi memasak- anda bole jual kek, biskut, cupcake, dadih dan sebagainya
Hobi fotografik - ambil upah di majlis kahwin, majlis korporat dan sebagainya
Hobi melayari internet - Sambil layari internet, promote produk orang lain. Ada jualan, ada komisen


Setakat ini saja perkongsian saya tentang cara nak cari idea bisnes.Anda dah jumpa idea bisnes? Jom kongsikan



Lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet.

Lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet | Sebagaimana yang saya telah janjikan dalam post disini, hari ini saya akan kongsikan beberapa lubuk supplier yang saya tahu .Mungkin ada rakan yang dah tahu lubuk ini, tapi...tak semestinya semua orang dah tahu kan?

Saya mulakan lubuk supplier untuk produk fizikal

1. Majalah.com


Disini pusat ramai pembekal, pemborong, dropshipper dan peniaga berkumpul. Ada macam-macam jenis perniagaan yang ada disini. Saya mendapat tahu tempat ni pun selepas membeli satu ebook. Jadi, tanpa membuang masa silalah berkunjung ke majalah.com

Kepada yang baru nak mula belajar berniaga, saya nasihatkan anda buat bisnes dropship. Sebabnya bisnes dropship ni anda tak perlu keluar duit untuk beli produk. Tugas anda hanya memasarkan produk. Bila ada tempahan baru anda order dengan dropship

2. lelong.com.my

Disini juga berkumpul pemborong, pembekal, peruncit dan peniaga produk-produk fizikal. Ada pelbagai jenis produk merangkumi produk electronik, pakaian, aksesori kenderaan, produk untuk kegunaan di rumah, produk suami isteri dan lain-lain

Cuba anda lihat di bahagian best selling produk untuk mengetahui produk yang paling banyak dibeli. Mungkin anda boleh mula menjual produk tersebut  

3. dropship.im

Disini kebanyakan produk adalah produk kecantikan dan produk kesihatan, Jangan anda tak tahu, produk macam ni sangat laris di pasaran

4. edymall.com


Untuk mendapatkan lebih banyak lubuk dropship, rujuk Master Dropship Dalam 30 Hari

Senarai seterusnya adalah lubuk untuk produk digital atau lebih dikenali dengan affiliate

1. Ashadee.com 

Sejumlah 147 produk yang disenaraikan disini. Anda boleh pilih produk best seller untuk bermula



2. klikjer.com



3. agenaffiliate.net




4. Aztetic.my


Setakat ini sahaja perkongsian tentang lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet

InsyaAllah, jika ada lubuk baru, saya akan tambah