Cara mudah buat blog bisnes
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Posting kali ini, admin nak kongsikan cara mudah buat blog. Admin tujukan khas buat rakan-rakan yang baru nak belajar buat blog. Yang dah pandai, bolehlah bantu admin betulkan mana yang salah yer....
1. Mula-mula daftar di Blogger.com
Lawat laman Blogger.com dan "DAFTARKAN DIRI/SIGN UP" jika anda belum ada akaun google. Sekiranya anda sudah ada akaun gmail, anda boleh "LOG MASUK/ SIGN IN" untuk terus menggunakannya.
2. Buat akaun google baru
Sekiranya anda belum ada akaun google, cuma perlu isi maklumat dalam form yang disediakan. Isi maklumat diri anda. Senang je pun. Selesai isi, klik langkah seterusnya/next step
3. Login ke Blogger
Anda akan dapat mesej begini jika berjaya create akaun. Klik Kembali ke Blogger
4. Klik continue to Blogger
5. Klik New Blog
6. Pilih Nama blog baru anda tu. Pilih nama yang sesuai
Di Step ini anda boleh pilih template yang anda suka. Saya cadangkan gunakan simple ataupun Picture window. Sebab saya selalu pilih template ini. Kalau rasa nak pilih template lain pun boleh. Terpulang kepada kesukaan anda. Lagipun template ini boleh ditukar bila-bila masa
7. Tahniah! Anda sudah ada Blog. Klik start posting untuk bermula
8. Cuba tulis pos pertama anda
Selesai membuat post, klik preview dulu sebelum tekan publish. Bila dah publish, akan keluar seperti gambar bawah ni. Klik pula view Blog
9. Tahniah! Blog anda dah siap.
Sebarkanlah link blog baru anda ini kepada kawan-kawan, adik beradik, ibu bapa, guru-guru dan sesiapa yang anda rasakan perlu.
Contoh link blog admin => http://tamarcocoaputatan.blogspot.my
0 comments:
Post a Comment