5 Tajuk Entry Blogger Suka Pilih

5 Tajuk Entry Blogger Suka Pilih- Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan tajuk entry blog. Blogger yang gunakan teknik SEO selalu akan mencari tajuk-tajuk yang selalu dicari oleh ramai orang. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan trafik blog. Tanpa membuang masa..disini saya senaraikan 5 tajuk tersebut


Tarikh Pembentangan Belanjawan (Bajet 2014) - Selalu tajuk ini dipilih kerana selalunya ramai nak tahu dan mencari di enjin carian samada di google ataupun yahoo. Mungkin mereka tak mahu terlepas peluang melihat dan mendengar sendiri pembentangan bajet 2014. Supaya anda tak buang masa cari di tempat lain..tarikhnya ialah pada 25 Oktober 2013

Tarikh Hari Raya Haji 2013 - Tajuk ini dipilih memandangkan sekarang ni musim orang pergi haji. Jadi, ramai nak tahu bila Raya Haji. Tarikh Hari Raya Haji tahun 2013 adalah 15 Oktober 2013

Soalan Percubaan SPM 2013 - Peperiksaan SPM 2013 akan dijalankan pada bulan November 2013. Jadi, ramai calon-calon SPM 2013 akan gunakan peluang yang ada untuk mencari maklumat tentang soalan percubaan dan juga bank soalan

Keputusan UPSR 2013 - Peperiksaan UPSR 2013 baru sahaja berlalu. Semua calon-calon telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR ni. Jadi, carian untuk tajuk ini selalunya dibuat dalam bulan November 2013. Sebab selalunya time sebelum cuti sekolah keputusan akan diumumkan. 
Tarikh Konvokesyen 2013


Tarikh Konvokesyen Universiti di Malaysia - Kebanyakan Universiti memilih bulan Oktober 2013. Berikut adalah senarainya:

1. UPM - 26 -39 Oktober 2013
2. UKM - 26-29 Oktober 2013
3. USM - 19-22 September 2013
4. UTHM - 5-7 Oktober 2013
5. UPSI - 10-13 September 2013
5. UTEM - 26-27 Oktober 2013
6. UUM - 30Nov - 5 Disember 2013
7. UTM - 26 -29 Oktober 2013

Setakat itu saja 5 Tajuk Entry Blogger Suka Pilih yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Nantikan post yang akan datang


0 comments:

Post a Comment