5 Kelebihan Belajar Teknik SEO Blogspot


kelebihan SEO



5 Kelebihan Belajar Teknik SEO Blogspot - Sepertimana yang saya janjikan dalam post disini, saya akan kongsikan perihal SEO. SEO ataupun Search Engine Optimization adalah proses bagaimana hendak buatkan website ataupun blog anda muncul di halaman pertama enjin carian seperti google.com untuk hasil carian katakunci tertentu

Halaman Pertama 

Dengan menguasai ilmu SEO, dengan mudahnya blog anda berada di halaman pertama enjin carian. Halaman pertama sudah tentu mempunyai banyak kelebihan jika nak dibandingkan dengan blog di muka ke 10. Sapa yang nak cari maklumat hingga page ke 10. Bestnya kalau semua entri di muka pertama. 

Trafik Melimpah 

Antara kelebihan Belajar Teknik SEO Blogspot adalah anda tak perlu fikirkan lagi bagaimana nak tarik trafik masuk blog anda. Trafik akan menderu-deru masuk ke blog anda tanpa perlu dijemput lagi. Pengunjung organik ataupun organic traffic semakin bertambah. Jadi anda tak perlu buat 5 tips Supaya Blog Dapat Pelawat

Tingkatkan Page Rank (PR)

Kelebihan lain adalah boleh meningkatkan Page Rank. Page Rank ni seperti penarafan untuk blog anda. Nak senang paham lagi, macam pangkat la. Kalau masuk polis kira macam baru pangkat konstable la. Bila PR naik, maksudnya naik pangkat kepada Kopral , Sarjan dan keatas Blog baru selalunya PR0. Paling tinggi adalah PR10. Facebook dan Twitter adalah antara laman web yang mendapat taraf PR10. 

Merendahkan Alexa Rank

Manakala Alexa rank pula akan menurun sejajar dengan peningkatan PR. Semakin rendah alexa rank anda, maksudnya semakin bagus blog anda. Alexa ni menunjukkan ranking blog anda nak dibandingkan dengan jutaan blog lain. Bayangkan kalau kedudukan blog anda pada 500 daripada 20 juta blog seluruh dunia. Pasti hebat bukan?

Buat Duit

Bila blog dah terkenal, masa ni la baru boleh ambil kesempatan untuk buat duit. Anda boleh tawarkan ruang pengiklanan, servis advertorial, affiliate, produk fizikal dan lain-lain lagi

Setakat itu dulu perkongsian tentang 5 kelebihan Belajar Teknik SEO Blogspot untuk tatapan semua. 





0 comments:

Post a Comment