20 Cara Mencari Idea Entri Blog



Idea Entri Blog

Salam 1 Malaysia,

Adakah anda setuju kalau saya katakan bahawa walaupun dah lama jadi blogger, kadangkala boleh buntu juga nak cari idea menulis entri blog ni. Jadi, saya kongsikan 20 Cara Mencari Idea Menulis Entri Blog untuk membantu anda

1. Senarai

Saya dapati ramai yang suka baca senarai, Buatlah senarai yang boleh menarik perhatian pelawat contohnya 10 artis wanita paling cantik, 5 tempat patut dilawati, 10 top blogger Malaysia dan sebagainya. Ini pula contoh entri blog saya.
2. Akhbar Online

Sumber daripada akhbar online seperti Berita harian, utusan, metro,sinar harian dan lain-lain. Cuba cari tajuk yang agak menarik seperti cerita artis, cerita kemalangan, berita minyak naik, keputusan UPSR, Pembentangan Bajet 2014 dan sebagainya
 



3. Komen Pembaca

Jangan abaikan komen yang diberikan oleh pembaca di blog anda atau di blog rakan. Mungkin komen tersebut berbentuk soalan yang memerlukan penyelesaian. Tulislah di blog anda dan syorkan pembaca ke blog anda untuk dapatkan jawapan

4. Forum Online

Ramai yang tahu forum adalah tempat orang bersosial dan bertanya soalan. Cuba cari soalan yang masih belum terjawab dan cuba cari jawapan untuk untuk persoalan tersebut. Garapkan jawapan anda tersebut sebagai entri di blog  

5. Isu Semasa

Entri berbentuk isu semasa memang boleh menyumbang trafik kepada blog anda. Cuba buat ulasan tentang isu semasa yang berlaku sekarang. Isu semasa boleh diketahui melalui medium berikut

  • Media sosial ( Facebook, Twitter, G+ dll)
  • Media televisyen
  • Media Radio
  • Media bercetak
6. Hasil Kajian

Mungkin anda adalah seorang pelajar yang sedang menyiapkan projek tahun akhir. Ataupun sedang buat tugasan, cuba kongsikan hasil kajian tersebut kepada pembaca blog. Tentu mereka suka

7. Keyword (Kata Kunci)

Melalui Google webmaster ataupun Blogger stat, anda boleh mengenal pasti apakah keyword yang selalu masuk ke blog anda. Daripada situ, anda boleh teruskan membuat entri berkenaan keyword yang popular di blog anda.

8. Video Youtube

Cari video youtube yang paling banyak view dan share. Share Video tersebut di blog anda. Tentu ramai yang berminat nak tengok

9. Entri Blog rakan

Rajin-rajinlah blogwalking. Mungkin anda boleh dapat idea melalui entri di blog rakan anda. Bukan copy paste entri. Tapi buatlah entri mengikut cara anda sendiri

10. Email

Email juga boleh dijadikan sebagai sumber untuk buat entri. Cuba tengok dalam inbox email anda. Mana tahu ada soalandaripada rakan yang tidak boleh dijawab secara direct. Mungkin perlu buatkan satu entri. Kadangkala email spam pun boleh jadi idea gak

11. Tutorial

Khusus buat anda yang pandai dari segi teknikal blog. Boleh buatkan tutorial seperti macam mana nak buat tulisan berkelip-kelip,

12. Tips

Kongsikan tips berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman orang lain. Mungkin tips tersebut boleh bantu orang lain

13. Contest

Anjurkan contest.Jadi boleh buat entri tentang senarai perserta, pemenang contest. Kalau tak ada modal join je contest. Ramai yang bermurah hati anjurkan contest

14. Review

Buatlah review tentang perkara berikut di blog anda
  •    Filem
  •    Drama
  •    Buku
  •    Ebook

15. Aktiviti

Aktiviti harian yang sedang dijalankan oleh blogger  juga boleh dijadikan entri. Contohnya hari ni anda masak masakan ikan 3 rasa, menjahit baju sendiri, tanam pokok bunga alamanda, membuat cupcake dll

16. Gambar

Kongsikan gambar yang anda ambil sendiri ataupun gambar diambil daripada mana-mana sumber.

17. Guest Post

Berkawan dengan blogger yang agak terkenal. Jemputlah mereka menulis di blog anda. 

19.  Kata-kata hikmah

Kongsikan Hadis, ayat Al Quran ataupun katakata hikmah daripada orang pakar motivasi, ustaz, idola anda artis dan sebagainya

20.  Tanya Rakan

Akhir sekali jika masih tak ada idea, cubalah bertanya rakan anda apa tajuk entri yang sesuai untuk anda hari ni. Kalau ada cadangan lain sila kongsikan di ruangan komen

Begitulah 20 Cara Mencari Idea Entri Blog yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Terima kasih kerana membaca post ini hingga akhir. Sekiranya rakan-rakan semua suka dengan entri ini, mohon share atau kongsikan dengan rakan-rakan lain.
Sekian

2 comments:

  1. @Jamil hashim, sangatlah dialu-alukan

    terima kasih sudi singgah di blog saya

    ReplyDelete