SALAM AIDILADHA 1434H

Salam Aidiladha 1434H
sumber: tulusdarihati.com & iluvislam.com
 
Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA 1434H semua umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga negara-negara islam yang sedang bergolak sekarang kembali aman sejahtera
 
Kepada yang dapat cuti hari ini dan balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Manakala yang kena kerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Selamat menjalani ibadah korban yang akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha esok. Walaupun kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan, ingatlah kepada umat Islam di luar negara sana yang sedang kebuluran dan kesusahan akibat perang ataupun kemiskinan. Amalkan amalan bersederhana dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran.
 
Sebelum saya lupa, marilah kita bersama-sama mendoakan Jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur. Semoga kita mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail. Ingat ALLAH setiap masa dan ketika
 
 
 

0 comments:

Post a Comment