Komisen Tamar Cocoa November 2015

Syukur Alhamdulillah...

Hasil selama sebulan lebih bersama bisnes Alhaddad (Tamar Cocoa) komisen semakin meningkat..




Komisen bulan Oktober 2015 hanya RM23.20. Pada bulan November, komisen meningkat kepada RM82.20.


Syoknya buat bisnes ni..Saya hanya perlu ajak rakan2 online tukar jenama minuman coklat yang mereka amalkan sekarang kepada Tamar Cocoa. Khasiat dapat, komisen pun dapat


Nak dapatkan Tamar Cocoa tak susah..Ada banyak stokis di seluruh negara sampai ke Thailand dan Brunei.


Tapi, untuk permulaan mesti daftar melalui saya untuk dapatkan username id. Kalau tak ada id , stokis tak dapat key in belian anda. Seterusnya tak ada komisen untuk anda walaupun dah banyak kali beli.


Saya tak suruh anda pergi ketuk pintu rumah orang untuk ajak rakan-rakan anda daftar ahli. Jangan buat begitu. Gunakan apa yang ada ditangan anda. Semua orang ada henfon. Majoriti yang guna smartfon ada akaun fesbuk dan whatsApp kan. Itupun dah cukup. 


Mula-mula kita kongsi gambar Tamar Cocoa. Setiap kali kita minum Tamar Cocoa, kongsi gambar di fesbuk. Lama-lama mesti ada yang berminat nak tahu..Masa tu baru kita ceritakan tentang kelebihan minuman Tamar Cocoa ini yang boleh buat duit. Mesti ada yang nak join ahli.


Beli untuk kegunaan sendiri pun dah boleh dapat komisen. 


Cuba buat kiraan sendiri


Katakan sebelum ini sebulan anda beli 2 pek minuman coklat. Selepas tukar guna Tamar Cocoa, anda tetap beli 2 pek minuman coklat. Cuma tukar jenama saja. 


1 pek anda dapat komisen 70sen. 2 pek anda dapat RM1.40.


Selama 10 bulan, anda akan dapat RM14.00


Nak Income Lebih?


Kongsi info ini dengan kawan2 sekolah anda, jiran2 anda, kawan2 pejabat anda dan ajak mereka bertukar kepada Tamar Cocoa


Ajak mereka ke stokis untuk beli Tamar Cocoa macam anda. Tapi, pastikan mereka daftar dengan anda dulu ya..Lepas tu ajar mereka cara nak daftar supaya mereka boleh tiru.


Semakin ramai yang meniru cara anda, semakin banyaklah income anda


Katakan anda ada 30 kawan yang daftar. (Saya rasa kawan fesbuk anda ramai daripada ini)


Setiap bulan mereka beli 2 pek Tamar Cocoa


70 sen x 2 pek x 30 = RM42


30 kawan ni pun ada 30 kawan yang nak daftar


Anda akan terpaksa terima 


Komisen beli sendiri            RM 1.40

Kawan anda beli anda dapat RM 42

Kawan kepada kawan beli    60sen  x 30 x 30 = RM540    


Total komisen setiap bulan   RM 583.40


Nak dapat banyak lagi, rajin-rajinlah berkongsi yer


Anda berminat?


SMS/WhatsApp TC hantar ke +60108787826


Mudahnya Bisnes Tamar Cocoa



Mudahnya Bisnes Tamar Cocoa

Alhamdulillah..bila ahli group dah nampak peluang buat duit dengan Alhaddad(Tamar Cocoa)..Network akan berkembang dengan sendiri..setakat semalam (26 Nov 2015) dah ada 35 org ahli..

Saya memang suka menjalankan bisnes networking..

Setakat ni dah 4 bisnes networking yang saya join..

Bukan nak kata semua bisnes ini saya dah dapat  4-5 angka..

Setakat ni belum sampai tahap macam tu..tapi pelan-pelan income saya makin meningkat..

Apa yang boleh saya katakan disini..semuanya dah baik modal..

Sekarang ni sedang mengutip untung saja..

Tapi...daripada 4 bisnes networking yang saya jalankan..saya dapati alhaddad lebih mudah nak buat

Beli 1 pek Tamar Cocoa je.terus boleh daftar ahli..PERCUMA pulak tu

Yang BESTNYA..beli sendiri pun dapat komisen..

RAJIN menaja ahli baru dan menjual lagilah dapat banyak untung...

Hanya yang serius nak tahu..wassap TC sekarang ke +60108787826




Teknik Pemasaran Yang Paling Anda Sukai

Apa Teknik Pemasaran Yang Paling Anda Suka?

Kalau anda tanya pada saya..saya akan jawab SEO.

Teknik pemasaran SEO

Saya suka pemasaran SEO sebab saya tak perlu berada di depan PC tiap-tiap hari. Sebab saya ni sibuk..tak ada masa nak mengadap PC tiap-tiap hari. Kalau ada masa pun cuma hujung minggu

Tapi..ini semua alasan orang yang malas semata-mata..hahaha

Orang lain boleh saja update facebook tiap-tiap hari...

Saya belajar SEO hanya melalui pembacaan dan kajian di blog-blog yang berada di kedudukan muka surat pertama google. Dari situ saya try and adjust..saya taip artikel di blog saya. Bukan senang nak dapat no satu kawan-kawan...ambil masa juga..paling cepat 3 bulan..ada juga yang tak sampai seminggu dah jumpa di google. ada blog saya yang kena padam oleh google sebab katanya spam..

Yang penting blog anda perlu ada keyword yang anda nak target.

Contohnya..ada satu blog saya ni..nak target keyword kerja sambilan di rumah

Jadi, saya akan menulis artikel yang mengandungi kata kunci "keyword" ini.

Bila sesiapa yang menaip di google dan mencari maklumat kerja sambilan di rumah akan jumpa blog saya di muka surat pertama google.

Saya dapati, bila google dah suka blog kita. senang kita kuasai keyword yang lain pula

Saya dah cuba..dan memang boleh..

Cuba anda taip tamar Cocoa di google..

InsyaAllah anda akan jumpa blog saya..

Nak order Tamar Cocoa boleh contact saya ya...


Lain kali kita sambung teknik pemasaran lain pula ya..itupun kalau ada yang minat nak baca...

P/S. Nak tonton panduan video SEO? KLIK DISINI


10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate

10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate. Affiliate adalah perniagaan internet. Kejayaan dalam affiliate hanya akan menjelma jika kita melayan ia ia sebagai entiti perniagaan. Kebanyakan dari newbie affiliate gagal dalam perniagaan mereka di sebabkan kesombongan mereka untuk menganggap affiliate adalah perniagaan. Mereka selalunya menganggap affiliate adalah hanya teknik jana wang yang ringkas di internet.

Malangnya ia bukan. Beratus-ratus affiliate menjana tujuh angka setahun melalui affiliate dan ia adalah perniagaan yang sah. Semua orang boleh membuka perniagaan affiliate sendiri dan di sebabkan ini ramai newbie affiliate menganggap ia hanyalah satu pekerjaan yang biasa. Tetapi mereka tidak tahu ia adalah perniagaan sebenar.

Bagi membantu anda membina perniagaan affiliate, saya senaraikan 10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

1. Belajar cara menguruskan webiste.

Perkara pertama yang anda perlu belajar dalam perniagaan affiliate adalah cara-cara menguruskan webiste. Anda perlu belajar bagaimana hendak menguruskan blog, menguruskan minisite dan landing page. Anda perlu belajar dan mahir dalam selok belok asas mewujudkan dan menguruskan website anda sendiri. Jangan kedekut untuk laburkan wang untuk belajar kemahiran ini kerana ia pasti berguna nanti.

Jika anda kekurangan wang, jangan jadikan ia sebagai alasan pula. Anda boleh belajar secara percuma di internet di samping anda gunakan teknik cuba dan jaya. Ingat, affiliate adalah perniagaan dan ia perlu di layan seperti perniagaan di mana anda lakukan apa yang perlu untuk memantapkan perniagaan anda.

2. Pilih topik yang menarik.

Selepas itu, anda cari topik yang menarik bagi anda. Sama seperti perniagaan sebenar, jika anda ingin membuka perniagaan kasut, anda perlu belajar mengenai kasut. Jadi, di online, anda pilih topik yang anda rasa anda minat dan boleh anda uruskan untuk masa yang lama.

3. Kajian keyword.

Di offline, kedai yang laku kebanyakannya di sebabkan lokasi yang strategik yang di miliki oleh kedai tersebut. Di internet pula, kedai anda akan laku jika anda mengutamakan keyword yang mempunyai banyak kali carian di lakukan oleh pengguna internet. Siasat keyword yang berkaitan dengan niche anda, cari keyword yang mempunyai banyak kali carian di enjin carian.

4.Cari produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan topik anda.

Sekarang, anda lakukan survey mengenai potensi keyword anda itu. Lihat sama ada terdapat banyak produk atau tidak berkenaan dengan topik anda. Senaraikan ia dalam notepad untuk kegunaan anda di masa hadapan.

5. Pilih nama doman dan hosting.

Jika anda ada wang beli sahaja hosting yang mahal dan mempunyai nama dalam perkhidmatan hosting. Ia untuk memastikan tiada masalah atau kurang risiko di kemudian hari. Jika tidak ada wang, pilih hosting yang agak murah tetapi boleh di harapkan. Anda boleh kaji sendiri di internet mengenai cara hendak memilih hosting, nama domain dan sebagainya.

 6.Lukis draf mengenai website anda.

Sekarang, anda tulis draf mengenai website anda. Hasil dari pengalaman orang yang terdahulu, website jenis blog adalah yang paling sesuai untuk menjadi tapak perniagaan affiliate. Anda pilih theme dan edit theme mengikut minat anda. Jika anda ada wang, anda boleh upah freelancer untuk lakukannya. Ia bukanlah penyelesaian mutlak, anda perlu tahu bagaimana hendak melakukannya tetapi mengupah adalah untuk jimatkan masa.

7. Upload website.

Sekarang, anda upload website anda ke hosting yang anda beli sebelum ini.

8. Hiaskan blog dengan maklumat.

Masukkan dua atau tiga artikel berkaitan dengan topik anda. Sekarang, anda perlu latih diri sendiri untuk menulis artikel bagi blog anda. Masukkan apa sahaja yang boleh menjadikan blog anda ke hadapan berbanding blog-blog pesaing anda yang lain.

9. Daftar affiliate program

Sekarang, apabila perniagaan anda sudah wujud, barulah anda daftar program affiliate dan mula melakukan promosi bagi produk tersebut.

10. Promosi website anda.

Sekarang, anda belajar cara melakukan promosi bagi affiliate. Masa sekaranglah barulah anda membuka ebook berkenaan promosi dan pratikkan ia secara terus. Kejayaan  anda bergantung pada promosi anda.Jika anda nak belajar cara promosi berkesan..saya syorkan panduan INI


5 Kelebihan Bisnes Network Marketing

Network marketing adalah satu bisnes popular yang telah wujud sejak sekian lama.

Anda bukan saja boleh buat duit dengan menjual produk,malahan anda juga buat duit dengan merujuk pelanggan kepada produk atau servis anda.

5 kelebihan network marketing..

1. Ianya model bisnes yang terbukti, oleh itu masa dan tenaga anda tidak akan dibazirkan begitu saja.  

2. Anda tak memerlukan modal yang besar untuk bermula

3. Boleh dilakukan ikut keselesaan anda dari rumah.
 
4.Tambahan pula anda tak perlu ambil pekerja untuk bekerja dengan anda kerana syarikat yang anda bekerjasama telah menyediakan infrastuktur yang lengkap.

5. Kelebihan yang paling HEBAT adalah anda dapat pendapatan pasif. Selepas kenalkan kepada rakan, anda akan sentiasa menjana pendapatan daripada rakan anda selagimana rakan anda terus setia bersama syarikat tersebut

Berminat nak mulakan bisnes networking? DAFTAR PERCUMA DISINI

Bina Network Sebelum Bina Bisnes

10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online

Teks : Abdul Halim Ismail

Anda buat bisnes online?

Jualan kurang memuaskan?

Cuba amalkan 10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online berikut:

1. Strategi Gambar Testimoni.

Majoriti peniaga di facebook ada fanpage. Jadi, strategi gambar testimoni banyak digunakan untuk menarik minat orang untuk membeli produk. Testimoni bergambar tu mestilah ikhlas daripada pelanggan yang dah gunakan produk tersebut. Bukannya testimoni rekaan..!

2. Strategi Jimat

Ini adalah strategi yang digunakan oleh usahawan internet untuk meningkatkan jualan produk mereka. Cara nak gunakan teknik ini adalah dengan menawarkan penjimatan jika pelanggan membeli lebih daripada satu unit. Sebagai contoh satu produk berharga RM40. Jika beli 3 anda jual dengan harga RM100 sahaja. Jadi mereka jimat RM20. Mesti bagitau kepada pelanggan mereka jimat RM20. Mesti mereka suka

3. Strategi Tempoh Masa

Strategi ini digunakan untuk memberi peringatan kepada pelanggan anda bahawa, jika mereka tak membeli dalam tempoh masa yang anda tentukan, mereka tak akan dapat pada harga promosi. Tapi, anda mesti pastikan selepas tempoh masa tersebut harganya kembali kepada asal. Kalau anda tipu, pelanggan anda pasti akan lari...

4. Strategi Serendah

Strategi ini mudah dilakukan. Tapi, tak boleh gunakan selalu. Anda perlu mengubah ayat jualan anda untuk menarik minat pembeli. Sebagai contoh : 

Ayat pertama: Harga RM50 sahaja.

Ayat kedua: Harga "serendah" RM50 sahaja.

Dengan hanya tambahkan perkataan, "serendah", kajian mendapati peningkatan jualan berlaku sebanyak 20%


5. Strategi Auto SMS

Dengan menggunakan strategi Auto SMS ni segala urusan jualan akan berjalan secara automatik. Hanya perlu setup sekali sahaja. Selepas itu, sistem ini akan menjalankan tugasnya untuk mengaut duit untuk anda

6. Strategi Simpan Data

Sebagai seorang peniaga di facebook, anda mestilah menyimpan data pelanggan anda. Salah satu cara untuk menyimpan data secara berkesan adalah dengan menggunakan autoresponder. Khidmat autoresponder adalah sangat diperlukan jika anda serius nak jalankan bisnes online.

7. Strategi Follow Up

Berkaitan dengan strategi 6 diatas. Apabila anda dah ada data pelanggan, jangan lupa buat follow up. Faham-fahamlah kadangkala pelanggan kita sibuk dan penat. Sekali sekala hantar la email kepada mereka untuk follow up. Anda boleh berkongsi tentang kebaikan produk. Testimoni pelanggan, tip-tip dan sebagainya


8. Strategi "Sense of Urgency"

Teknik ini digunakan untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka mesti mendapatkan segera produk anda.  

9.  Strategi "Mudah"

Apabila pelanggan dah berminat nak dapatkan produk anda, mudahkan cara pembayaran. Jangan banyak sangat langkah yang perlu dilakukan. Nanti pelanggan malas dah nak membeli dengan anda. 


Strategi ini cuma menggunakan perkataan sahaja. Jika anda menggunakan perkataan yang tepat pada masa yang tepat, pelanggan tanpa fikir panjang akan terus masuk duit ke akaun anda. Ilmu pukau ni sangat hebat..

Setakat itu sahaja perkongsian tentang 10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online 

Komisen JDR Bulan Julai 2015

Alhamdulillah..komisen Affiliate JDR bulan Julai 2015 dah masuk 

komisen Affiliate JDR bulan Julai 2015

Komisen bulan ini agak menurun sedikit mungkin disebabkan faktor Hari Raya

Ramai yang simpan duit untuk sambut raya..

Moga lepas raya ni..ramai mencari peluang buat kerja menaip dari rumah

Kalau ada yang berminat nak join Affiliate JDR pon boleh..

Syukurlah duit komisen ni dapat bantu sikit-sikit belanja sementara nak tunggu gaji nanti

Malam ni tak mau cerita panjang-panjang..

Nak tidor dulu..

Mana tahu bangun esok pagi ada orang nak masukkan derma dalam akaun bank saya..ha ha ha

3 Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing

Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing. 

Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing

Untuk berjaya dalam bisnes networking anda perlu buat beberapa perkara. Antaranya adalah

Sentiasa Berterusan (Be persistent)

Sebagai marketer, anda akan menjual produk atau servis kepada orang baru. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya seorang daripada 20 orang yang anda jumpa akan berminat dengan produk atau servis yang anda promote, oleh itu, apabila anda bertemu dengan orang yang tidak berminat dengan produk anda, anda sepatutnya tidak cepat berputus asa, anda teruskan promote sehingga bertemu dengan mereka yang betul betul berminat

Anda Sendiri Menggunakan Produk

Dengan menggunakan produk yang sedang promote, ia akan memberikan peluang kepada anda untuk mendapat manfaat dan seterusnya anda boleh buat banyak duit. Jika anda promote produk yang mempunyai banyak variasi, elakkan promote produk yang memberikan keuntungan yang kecil, promote produk yang memberikan keuntungan yang tinggi.

Dorongan Motivasi

Adalah perkara biasa untuk merasa seperti putus asa apabila anda berdepan cabaran. Untuk berada dalam keadaan selamat, anda perlu berada di dalam lingkungan rakan yang boleh meningkatkan motivasi dan mendorong anda semasa dalam keadaan celaru. Adalah sangat bijak untuk membaca biografi orang yang telah berjaya dalam lapangan anda

Kesimpulan

Ini adalah perkara yang anda perlu tahu tentang network marketing. Anda perlu tahu walaupun model bisnes ini sangat efektif dan mepunyai potensi yang sangat besar, banyak juga bisnes network marketing yang menipu duit anda di luar sana dan membazir masa anda.

Setakat ini perkongsian saya tentang Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Network Marketing.

testing

Assalam dan Salam Sejahtera

Dah lama tak update blog ini

Ramai yang berminat nak buat bisnes online tapi masih belum jumpa bisnes yang sesuai

Ada juga yang suka join macam-macam bisnes. Asalkan ada bisnes baru muncul, dia join..tapi satu pun tak pernah berjaya.






Hasil selama sebulan bersama Jobdirumah

Assalammualaikum dan Salam 1 Blogger

Pertama kali nak update komisen Jobdirumah di blog ini.

Memang dah lama betui tak update tentang komisen Jobdirumah. Rasanya dah 1-2 tahun gak la.

Bukan apa..nanti orang kata asyik dok update pasal komisen saja..Masyuk sungguh dia ni


Syukur dengan Rezeki Allah ini

Komisen jobdirumah April 2015
Alhamdulillah..semua ini hasil artikel tentang Jobdirumah yang saya tulis di blog-blog kendalian saya. Selama ini ianya menjadi penyumbang kepada income pasif setiap bulan.

Terima kasih tak terhingga atas sokongan rakan-rakan yang sudi mendapatkan panduan Jobdirumah