Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Cara mudah buat blog bisnes

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Posting kali ini, admin nak kongsikan cara mudah buat blog. Admin tujukan khas buat rakan-rakan yang baru nak belajar buat blog. Yang dah pandai, bolehlah bantu admin betulkan mana yang salah yer....

1. Mula-mula daftar di Blogger.com


Cara buat blog-1

Lawat laman Blogger.com dan "DAFTARKAN DIRI/SIGN UP" jika anda belum ada akaun google. Sekiranya anda sudah ada akaun gmail, anda boleh "LOG MASUK/ SIGN IN" untuk terus menggunakannya.

 2. Buat akaun google baru

Cara buat blog-2

Sekiranya anda belum ada akaun google, cuma perlu isi maklumat dalam form yang disediakan. Isi maklumat diri anda. Senang je pun. Selesai isi, klik langkah seterusnya/next step 

3. Login ke Blogger

Cara buat blog-3


Anda akan dapat mesej begini jika berjaya create akaun. Klik Kembali ke Blogger

4. Klik continue to Blogger

Cara buat blog-4

5. Klik New Blog

Cara buat blog-5

6. Pilih Nama blog baru anda tu. Pilih nama yang sesuai


Cara buat blog-6


Di Step ini anda boleh pilih template yang anda suka. Saya cadangkan gunakan simple ataupun Picture window. Sebab saya selalu pilih template ini. Kalau rasa nak pilih template lain pun boleh. Terpulang kepada kesukaan anda. Lagipun template ini boleh ditukar bila-bila masa  

7. Tahniah! Anda sudah ada Blog. Klik start posting untuk bermula


Cara buat blog-7


8. Cuba tulis pos pertama anda

Cara buat blog-8


Selesai membuat post, klik preview dulu sebelum tekan publish. Bila dah publish, akan keluar seperti gambar bawah ni. Klik pula view Blog


Cara buat blog-9


9. Tahniah! Blog anda dah siap.

Cara buat blog-10


Sebarkanlah link blog baru anda ini kepada kawan-kawan, adik beradik, ibu bapa, guru-guru dan sesiapa yang anda rasakan perlu. 

Contoh link blog admin => http://tamarcocoaputatan.blogspot.my

Blog Kembali di Muka Pertama Google

Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..blog yang telah hilang selama beberapa hari daripada Muka Pertama Google kini telah muncul kembali..

Pagi ini saya saja check statistik blog, saya perhatikan ada trafik masuk daripada google. selepas tu terus buat carian di google untuk keyword ni, saya ternampak ada balik blog tersebut di muka pertama google.

Semuanya gara-gara satu skrip yang dipasang di blog tersebut. Disebabkan domain skrip tu dah expired, blog saya pun terbabit sama..  Ingatkan saya dah buat salah dengan google.

Alhamdulillah..terima kasih Allah

Alhamdulillah..terima kasih Allah

Alhamdulillah..terima kasih Allah






Blog hilang daripada First Page Google

Blog hilang daripada First Page Google. Tak tahu dimana silapnya, satu blog saya telah hilang daripada muka surat pertama google. Perkara ini saya sedari minggu ini. Patutlah tak ada lagi customer tanya tentang satu produk ini. Selama ini, saya mendapat trafik melalui google.

credit : google.com

Mungkin ada kesilapan ilmu SEO yang saya praktikan menyebabkn blog saya telah terpelanting jauh daripada ranking google. Saya pun bukan pandai sangat main SEO ni, sekadar cuba-cuba jer..

Sepanjang berada di first page google memang indah la. Setiap hari , ada je terima wasap dari customer. Sekarang ni henpon dah sunyi je..

Saya terima sebagai satu ujian daripada Allah. InshaAllah saya akan berusaha untuk mengembalikan blog tersebut ke muka pertama google skali lagi..kena rajin cari backlik ni..

Ada tak rakan yang pernah alami pengalaman yang sama?






Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016. Pertama kali sejak menulis di blog ini, saya ingin cuba join segmen yang dianjurkan oleh Bro Hasrul Hassan yang dikenali ramai sebagai pakar SEO dikalangan blogger.

Terus terang saya ingin nyatakan disini saya bukanlah blogger sepenuh masa. Saya ni jarang-jarang menulis. Saya hanya menulis bila ada kelapangan masa dan ada sesuatu saya ingin sampaikan.

Siapa saya?

Saya Abdul Halim Ismail, mula menulis blog sejak tahun 2005 lagi. Tapi tak pernah konsisten. Tenggelam timbul. Blog ini saya hanya mula wujudkan sekitar tahun 2013.

Apa yang saya ingin capai menerusi blog pada tahun 2016 ni ?

# Tambah trafik blog untuk blog abdulhalim-ismail.blogspot.my
# Mahu konsisten menulis di blog 
# Lebih perkongsian di blog terutamanya tentang bisnes networking.
# Supaya lebih ramai amalkan minuman Tamar Cocoa
# Tambah sumber income melalui blog

Terima kasih kerana sudi membaca Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016


KLIK BANNER UNTUK JOIN
Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

 PS- Saya harap bro Hasrul Hassan masih dapat terima penyertaan saya melalui entri ringkas ini. Kalau tak diterima pun tak mengapa..biarlah ia tercacat di blog ini.

Cara Nak Dapatkan Prospek Tanpa Keluar Rumah

Tahniah kerana anda sampai disini untuk ketahui cara nak dapatkan prospek tanpa keluar rumah


Sudah tentu anda sedang menjalankan bisnes online kan?
Bagaimana dengan bisnes online anda?
Susah nak dapat prospek yang targeted?

Tak kisahlah anda buat bisnes Tone Excel, Onexox, Shaklee, Tupperware, Amway, Revel, Elken atau apa-apa bisnes sekalipun..

Disini saya akan kongsikan bagaiamana caranya.

Terdapat 2 cara nak dapatkan prospek iaitu melalui CARA PERCUMA atau CARA BERBAYAR

Saya suka mulakan dengan cara percuma sebab kebanyakan orang yang menjalankan bisnes online ni,masalah mereka adalah kekurangan duit.

Kalau mereka dah banyak duit mereka takkan cari peluang buat duit, mereka akan cari peluang gandakan duit mereka.. Faham tak ni? He he he

1. Gunakan Blog

Ini adalah cara PERCUMA yang saya sangat syorkan anda mencubanya.

Ramai orang ingat pemasaran blog cuma perlu buat blog, kemudian taip 1-2 entry dah cukup. Lepas tu tunggu trafik datang ke blog. Kalau macam ni pemikiran anda, anda dah salah konsep.

Antara sebab trafik masuk ke blog adalah kerana mereka terjumpa blog anda di enjin carian seperti google, yahoo, big dan sebagainya.

Tapi, bukan senang nak 'pujuk' enjin carian letakkan blog anda di muka pertama enjin carian.

Tips- Buat post yang orang nak baca..

Anda perlu kenal pasti apa masalah orang diluar sana.

Contoh :

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi MALU nak jumpa orang

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi TAK ADA MASA nak keluar rumah ( Suri Rumah)

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi tak pandai nak cakap apa

Anda berikan solusi buat mereka bagaimana anda buat bisnes tanpa perlu keluar rumah tanpa berjumpa orang. Saya rasa ramai orang yang nak

Apa nak tulis dalam blog anda?

Tulis info yang prospek nak tahu..

Contohnya anda buat bisnes Shaklee

Semua orang tahu Bisnes Shaklee ni produknya makanan tambahan seperti vitamin C,  protein, zinc oksida dan macam-macam la..

Anda tulis bagaimana Vitamin C ni boleh membantu menyelesaikan masalah mereka

Jika boleh... kita tulis cuma untuk memberikan awareness kepada prospek..

Berikan sebanyak-banyak info yang kita faham tentang produk kita..

Anda perlu

BERI INFO

BERI INFO

BERI INFO

Jangan hanya fokus untuk menjual semata-mata...

Bila prospek dah percayakan anda, mereka akan PM minta no akaun anda

2. Facebook Group

Kalau ada yang PERCUMA kenapa nak guna yang berbayar.

Di Fesbuk ada beribu-ribu group...anda cuma perlu cari dan join sahaja

Kalau boleh cari group yang aktif, jangan join group yang penuh dengan iklan tapi tak pernah ada respon atau komen daripada ahli(member)

Saya syorkan anda join group ini

1. Bicara Usahawan
2. Geng Bisnes Cikgu
3. Buat Duit
4. Senang duit
5, Promosi Bisnes Online
6. Peluang Perniagaan
7. Maharaja Iklan
8. Iklan Free 100%
9. Promosi Bisnes Online
10. Pengiklanan Terbesar Perniagaan Online Di Seluruh Malaysia

Sebenarnya ada banyak lagi group, tapi cukup 10 group ini untuk permulaan.

Apa yang anda perlu buat?

1. Anda join group
2. Offer hadiah PERCUMA kepada rakan-rakan di group. Hadiah PERCUMA boleh dalam bentuk Ebook, Audio, Video, sampel, kupon diskaun dan sebagainya
3. Minta mereka Pm untuk join group anda

Matlamat kita adalah untuk tarik mereka masuk ke group kita.

Bila mereka dah masuk dalam group, lebih senang untuk anda berikan lebih banyak awareness tentang produk anda

Bila prospek dah percayakan anda, anda tak perlu susah nak cerita panjang-panjang


3. Kumpul Senarai Emel

Mana-mana guru Internet Marketer anda syorkan anda kumpul email list sendiri. Tujuan membina emel list anda untuk membina kelompok pengikut anda. Bila dah ada pengikut, senang nak jual apa-apa produk.

Tapi sebelum mereka percayakan anda, anda perlu tunjukkan kredibiliti anda dulu. Untuk permulaan, anda perlu banyakkan memberi. Berkongsi tanpa jemu. Bila mereka dah selesa, jadikan mereka sebagai kawan.

Orang lebih mudah nak membeli daripada kawan yang dia kenal daripada orang yang langsung dia tak kenal.

Nak kumpul senarai emel mesti kena guna Autoresponder. Di pasaran ada macam-macam jenis Autoresponder. Ada yang PERCUMA, Murah, Sederhana dan yang MAHAL.

Macam biasa saya akan sarankan anda guna yang PERCUMA seperti berikut:

1. Listwire.com
2. Emelmatik.com

Sebabnya saya sendiri pun gunakan kedua-dua Autoresponder ini.

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara percuma, nantikan pos yang akan datang untuk mengetahui cara berbayar pula..
 





Cara Nak Buat Minisite Guna Template Wordpress

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni saya akan berkongsi cara nak buat minisite guna wordpress.

Minisite Wordpress

Apa benda Minisite ni? 

Minisite adalah laman web jualan. Selalunya satu page sahaja. Minisite juga boleh dijadikan sebagai landing page untuk mengumpul database pelanggan. 

Selama ini ramai yang gunakan blogspot sebagai minisite. Tapi tak ramai yang gunakan worpress, sebab tak ada template minisite. Hari ni Mr Boon sudi berkongsi satu template minisite wordpress PERCUMA untuk anda. Anda boleh download template ini dan gunakannya untuk membina landing page wordpress anda sendiri.


Wordpress tu apa pula

Wordpress adalah platform popular untuk membina website. Sama seperti blogspot yang boleh digunakan untuk buat website. Wordpress amat sesuai untuk semua laman web jualan.

Kenapa?

1. WP adalah percuma
2. WP adalah sangat fleksibel
3. WP mempunyai pelbagai plugin dan boleh dapat secara percuma
4. WP mudah digunakan
5. tidak perlu software untuk edit kandungan website, cuma login dan edit sahaja
6. dan banyak lagi....

Oleh itu Minisitelah!com diwujudkan sebagai gedung theme minisite dan ia adalah direka khas untuk usahawan internet yang tidak mahu belanja ratusan ringgit untuk membina webjualan mereka.

Berikut adalah cara untuk menghasikan webjualan dengan Minisitelah!com :

1. pilih theme
2. download theme dan install theme di WP
3. create page dan masukan sales letter
4. klik publish dan web jualan anda telah live!

Senangkan?

Kalau rasa berminat dan ingin mencuba-cuba 'bermain' dengan template minisite wordpress ini bolehlah dapatkan disini >>>
http://www.minisitelah.com
 
Sementara masih percuma ni grablah dulu,ye tak :)

Baiklah,ini saja perkongsian saya hari ni 

Kepentingan Membuat Catatan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
 
Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya sempat mendengar radio IKIM.fm
 
Topik yang dibincangkan adalah berkenaan pentingnya membuat catatan. Deejay ada juga menyebut, jika sesuatu perkara itu kita hanya bergantung kepada ingatan sahaja. Ada kemungkinan kita akan lupa. Tapi, jika kita mencatat dimana-mana tak kira di diari, blog, facebook dan lain-lain kita boleh membaca kembali catatan tersebut.
 
Antara kepentingan membuat catatan adalah 
 
1. Menjadi rujukan berharga di masa hadapan
 
2. Menjadi panduan kepada orang lain  
 
3. Berkongsi Idea-idea baru
 
4. Berkongsi pengalaman 
5. Sebagai medium membaiki diri ke tahap yang lebih baik.
Sarjana-sarjana Islam pada masa dahulu juga banyak menulis sehinggakan ilmu mereka dapat dimanfaatkan. Saya tak dapat senaraikan disini satu persatu kerana tidak dapat mengingat nama mereka. Namun, sumbangan sarjana Islam terhadap dunia sains moden memang tak boleh dinafikan.

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis kembali di blog ini. Saya sedar blog ini tiada pembaca sejak saya berhenti menulis pada Oktober 2013. Tapi, itulah yang menjadi cabaran buat saya untuk menarik kembali pembaca ke blog saya ini
 
Wassalam

SALAM AIDILADHA 1434H

Salam Aidiladha 1434H
sumber: tulusdarihati.com & iluvislam.com
 
Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA 1434H semua umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga negara-negara islam yang sedang bergolak sekarang kembali aman sejahtera
 
Kepada yang dapat cuti hari ini dan balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Manakala yang kena kerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Selamat menjalani ibadah korban yang akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha esok. Walaupun kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan, ingatlah kepada umat Islam di luar negara sana yang sedang kebuluran dan kesusahan akibat perang ataupun kemiskinan. Amalkan amalan bersederhana dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran.
 
Sebelum saya lupa, marilah kita bersama-sama mendoakan Jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur. Semoga kita mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail. Ingat ALLAH setiap masa dan ketika