5 Tips Supaya Blog Mendapat Pelawat

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Ini adalah post pertama saya untuk blog ini. Sebenarnya ini bukanlah blog pertama saya. Saya telah mempunyai beberapa blog yang lain. Tujuan saya membuat blog baru adalah untuk menggunakan domain nama penuh saya. Kalau lambat nanti ada orang ambil pula. Untuk post yang pertama ini saya ingin kongsikan 5 Tips Supaya Blog Mendapat Pelawat

1. Tulis Daripada Hati
Banyak blog yang saya lawat tidak menulis daripada hati mereka. Apa yang saya banyak jumpa adalah blog copy dan paste. Maksudnya, cerita yang disampaikan diambil daripada blog orang lain ataupun dicopy daripada surat khabar online seperti sinar harian, berita harian, bernama, utusan dan lain-lain sumber media lagi. Oleh itu, sebelum menulis entri blog cubalah buat kajian dahulu
 



2.  Ceritakan Secara Santai
Gunakan ayat-ayat yang mudah difahami dan boleh dibaca secara santai. Elakkan menggunakan perkataan yang kurang elok seperti memaki hamun, lucah, ganas dan sebagainya. Orang suka membaca cerita yang belum pernah dibaca di tempat lain. Oleh itu, jadikan cerita anda itu unik.
3. Berkongsi Maklumat
Jika anda berkebolehan dalam sesuatu bidang, jadikanlah blog anda sebagai medium untuk berkongsi maklumat dan ilmu dengan pembaca. Mungkin anda pandai membuat perabut. Ceritakanlah cara membuat perabut. Jika anda pandai masak. Kongsi cara anda memasak. Jika anda pandai buat duit online, kongsikanlah dengan rakan anda. Mana tahu nanti anda akan jadi tempat rujukan
4. Gambar
Setiap kali membuat entri pastikan ada gambar. Kerana gambar boleh menarik perhatian orang untuk membaca blog anda. Pastikan gambar adalah berkaitan dengan cerita anda. 
5. Ping Blog
Saya dapati salah satu kaedah menarik pelawat ke blog adalah melalui ping blog ke laman aggregator. Saya suka ping di busuk.org, blogged, kartikel, blogr, tinjau.net, carimember dan beberapa lagi laman ping yang lain. Yang paling saya suka adalah ping di busuk.org

Setakat itu sahaja perkongsian saya 5 Tips Supaya Blog Mendapat Pelawat. Diharapkan anda semua mendapat manfaat

Salam Mesra

Abdul Halim Ismail

0 comments:

Post a Comment