Cara Nak Dapatkan Prospek Tanpa Keluar Rumah

Tahniah kerana anda sampai disini untuk ketahui cara nak dapatkan prospek tanpa keluar rumah


Sudah tentu anda sedang menjalankan bisnes online kan?
Bagaimana dengan bisnes online anda?
Susah nak dapat prospek yang targeted?

Tak kisahlah anda buat bisnes Tone Excel, Onexox, Shaklee, Tupperware, Amway, Revel, Elken atau apa-apa bisnes sekalipun..

Disini saya akan kongsikan bagaiamana caranya.

Terdapat 2 cara nak dapatkan prospek iaitu melalui CARA PERCUMA atau CARA BERBAYAR

Saya suka mulakan dengan cara percuma sebab kebanyakan orang yang menjalankan bisnes online ni,masalah mereka adalah kekurangan duit.

Kalau mereka dah banyak duit mereka takkan cari peluang buat duit, mereka akan cari peluang gandakan duit mereka.. Faham tak ni? He he he

1. Gunakan Blog

Ini adalah cara PERCUMA yang saya sangat syorkan anda mencubanya.

Ramai orang ingat pemasaran blog cuma perlu buat blog, kemudian taip 1-2 entry dah cukup. Lepas tu tunggu trafik datang ke blog. Kalau macam ni pemikiran anda, anda dah salah konsep.

Antara sebab trafik masuk ke blog adalah kerana mereka terjumpa blog anda di enjin carian seperti google, yahoo, big dan sebagainya.

Tapi, bukan senang nak 'pujuk' enjin carian letakkan blog anda di muka pertama enjin carian.

Tips- Buat post yang orang nak baca..

Anda perlu kenal pasti apa masalah orang diluar sana.

Contoh :

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi MALU nak jumpa orang

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi TAK ADA MASA nak keluar rumah ( Suri Rumah)

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi tak pandai nak cakap apa

Anda berikan solusi buat mereka bagaimana anda buat bisnes tanpa perlu keluar rumah tanpa berjumpa orang. Saya rasa ramai orang yang nak

Apa nak tulis dalam blog anda?

Tulis info yang prospek nak tahu..

Contohnya anda buat bisnes Shaklee

Semua orang tahu Bisnes Shaklee ni produknya makanan tambahan seperti vitamin C,  protein, zinc oksida dan macam-macam la..

Anda tulis bagaimana Vitamin C ni boleh membantu menyelesaikan masalah mereka

Jika boleh... kita tulis cuma untuk memberikan awareness kepada prospek..

Berikan sebanyak-banyak info yang kita faham tentang produk kita..

Anda perlu

BERI INFO

BERI INFO

BERI INFO

Jangan hanya fokus untuk menjual semata-mata...

Bila prospek dah percayakan anda, mereka akan PM minta no akaun anda

2. Facebook Group

Kalau ada yang PERCUMA kenapa nak guna yang berbayar.

Di Fesbuk ada beribu-ribu group...anda cuma perlu cari dan join sahaja

Kalau boleh cari group yang aktif, jangan join group yang penuh dengan iklan tapi tak pernah ada respon atau komen daripada ahli(member)

Saya syorkan anda join group ini

1. Bicara Usahawan
2. Geng Bisnes Cikgu
3. Buat Duit
4. Senang duit
5, Promosi Bisnes Online
6. Peluang Perniagaan
7. Maharaja Iklan
8. Iklan Free 100%
9. Promosi Bisnes Online
10. Pengiklanan Terbesar Perniagaan Online Di Seluruh Malaysia

Sebenarnya ada banyak lagi group, tapi cukup 10 group ini untuk permulaan.

Apa yang anda perlu buat?

1. Anda join group
2. Offer hadiah PERCUMA kepada rakan-rakan di group. Hadiah PERCUMA boleh dalam bentuk Ebook, Audio, Video, sampel, kupon diskaun dan sebagainya
3. Minta mereka Pm untuk join group anda

Matlamat kita adalah untuk tarik mereka masuk ke group kita.

Bila mereka dah masuk dalam group, lebih senang untuk anda berikan lebih banyak awareness tentang produk anda

Bila prospek dah percayakan anda, anda tak perlu susah nak cerita panjang-panjang


3. Kumpul Senarai Emel

Mana-mana guru Internet Marketer anda syorkan anda kumpul email list sendiri. Tujuan membina emel list anda untuk membina kelompok pengikut anda. Bila dah ada pengikut, senang nak jual apa-apa produk.

Tapi sebelum mereka percayakan anda, anda perlu tunjukkan kredibiliti anda dulu. Untuk permulaan, anda perlu banyakkan memberi. Berkongsi tanpa jemu. Bila mereka dah selesa, jadikan mereka sebagai kawan.

Orang lebih mudah nak membeli daripada kawan yang dia kenal daripada orang yang langsung dia tak kenal.

Nak kumpul senarai emel mesti kena guna Autoresponder. Di pasaran ada macam-macam jenis Autoresponder. Ada yang PERCUMA, Murah, Sederhana dan yang MAHAL.

Macam biasa saya akan sarankan anda guna yang PERCUMA seperti berikut:

1. Listwire.com
2. Emelmatik.com

Sebabnya saya sendiri pun gunakan kedua-dua Autoresponder ini.

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara percuma, nantikan pos yang akan datang untuk mengetahui cara berbayar pula..
 





2 comments:

  1. terima kasih. Saya memang perlukan panduan seperti ini. teruskan berkongsi.
    selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  2. sgt2 berguna panduan ini.tq sbb share....

    ReplyDelete