Komisen JDR Bulan Julai 2015

Alhamdulillah..komisen Affiliate JDR bulan Julai 2015 dah masuk 

komisen Affiliate JDR bulan Julai 2015

Komisen bulan ini agak menurun sedikit mungkin disebabkan faktor Hari Raya

Ramai yang simpan duit untuk sambut raya..

Moga lepas raya ni..ramai mencari peluang buat kerja menaip dari rumah

Kalau ada yang berminat nak join Affiliate JDR pon boleh..

Syukurlah duit komisen ni dapat bantu sikit-sikit belanja sementara nak tunggu gaji nanti

Malam ni tak mau cerita panjang-panjang..

Nak tidor dulu..

Mana tahu bangun esok pagi ada orang nak masukkan derma dalam akaun bank saya..ha ha ha

3 Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing

Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing. 

Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Bisnes Network Marketing

Untuk berjaya dalam bisnes networking anda perlu buat beberapa perkara. Antaranya adalah

Sentiasa Berterusan (Be persistent)

Sebagai marketer, anda akan menjual produk atau servis kepada orang baru. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya seorang daripada 20 orang yang anda jumpa akan berminat dengan produk atau servis yang anda promote, oleh itu, apabila anda bertemu dengan orang yang tidak berminat dengan produk anda, anda sepatutnya tidak cepat berputus asa, anda teruskan promote sehingga bertemu dengan mereka yang betul betul berminat

Anda Sendiri Menggunakan Produk

Dengan menggunakan produk yang sedang promote, ia akan memberikan peluang kepada anda untuk mendapat manfaat dan seterusnya anda boleh buat banyak duit. Jika anda promote produk yang mempunyai banyak variasi, elakkan promote produk yang memberikan keuntungan yang kecil, promote produk yang memberikan keuntungan yang tinggi.

Dorongan Motivasi

Adalah perkara biasa untuk merasa seperti putus asa apabila anda berdepan cabaran. Untuk berada dalam keadaan selamat, anda perlu berada di dalam lingkungan rakan yang boleh meningkatkan motivasi dan mendorong anda semasa dalam keadaan celaru. Adalah sangat bijak untuk membaca biografi orang yang telah berjaya dalam lapangan anda

Kesimpulan

Ini adalah perkara yang anda perlu tahu tentang network marketing. Anda perlu tahu walaupun model bisnes ini sangat efektif dan mepunyai potensi yang sangat besar, banyak juga bisnes network marketing yang menipu duit anda di luar sana dan membazir masa anda.

Setakat ini perkongsian saya tentang Tip Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Network Marketing.

testing

Assalam dan Salam Sejahtera

Dah lama tak update blog ini

Ramai yang berminat nak buat bisnes online tapi masih belum jumpa bisnes yang sesuai

Ada juga yang suka join macam-macam bisnes. Asalkan ada bisnes baru muncul, dia join..tapi satu pun tak pernah berjaya.






Hasil selama sebulan bersama Jobdirumah

Assalammualaikum dan Salam 1 Blogger

Pertama kali nak update komisen Jobdirumah di blog ini.

Memang dah lama betui tak update tentang komisen Jobdirumah. Rasanya dah 1-2 tahun gak la.

Bukan apa..nanti orang kata asyik dok update pasal komisen saja..Masyuk sungguh dia ni


Syukur dengan Rezeki Allah ini

Komisen jobdirumah April 2015
Alhamdulillah..semua ini hasil artikel tentang Jobdirumah yang saya tulis di blog-blog kendalian saya. Selama ini ianya menjadi penyumbang kepada income pasif setiap bulan.

Terima kasih tak terhingga atas sokongan rakan-rakan yang sudi mendapatkan panduan Jobdirumah








Cara Nak Dapatkan Prospek Tanpa Keluar Rumah

Tahniah kerana anda sampai disini untuk ketahui cara nak dapatkan prospek tanpa keluar rumah


Sudah tentu anda sedang menjalankan bisnes online kan?
Bagaimana dengan bisnes online anda?
Susah nak dapat prospek yang targeted?

Tak kisahlah anda buat bisnes Tone Excel, Onexox, Shaklee, Tupperware, Amway, Revel, Elken atau apa-apa bisnes sekalipun..

Disini saya akan kongsikan bagaiamana caranya.

Terdapat 2 cara nak dapatkan prospek iaitu melalui CARA PERCUMA atau CARA BERBAYAR

Saya suka mulakan dengan cara percuma sebab kebanyakan orang yang menjalankan bisnes online ni,masalah mereka adalah kekurangan duit.

Kalau mereka dah banyak duit mereka takkan cari peluang buat duit, mereka akan cari peluang gandakan duit mereka.. Faham tak ni? He he he

1. Gunakan Blog

Ini adalah cara PERCUMA yang saya sangat syorkan anda mencubanya.

Ramai orang ingat pemasaran blog cuma perlu buat blog, kemudian taip 1-2 entry dah cukup. Lepas tu tunggu trafik datang ke blog. Kalau macam ni pemikiran anda, anda dah salah konsep.

Antara sebab trafik masuk ke blog adalah kerana mereka terjumpa blog anda di enjin carian seperti google, yahoo, big dan sebagainya.

Tapi, bukan senang nak 'pujuk' enjin carian letakkan blog anda di muka pertama enjin carian.

Tips- Buat post yang orang nak baca..

Anda perlu kenal pasti apa masalah orang diluar sana.

Contoh :

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi MALU nak jumpa orang

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi TAK ADA MASA nak keluar rumah ( Suri Rumah)

Ada sesetengah orang nak buat bisnes tapi tak pandai nak cakap apa

Anda berikan solusi buat mereka bagaimana anda buat bisnes tanpa perlu keluar rumah tanpa berjumpa orang. Saya rasa ramai orang yang nak

Apa nak tulis dalam blog anda?

Tulis info yang prospek nak tahu..

Contohnya anda buat bisnes Shaklee

Semua orang tahu Bisnes Shaklee ni produknya makanan tambahan seperti vitamin C,  protein, zinc oksida dan macam-macam la..

Anda tulis bagaimana Vitamin C ni boleh membantu menyelesaikan masalah mereka

Jika boleh... kita tulis cuma untuk memberikan awareness kepada prospek..

Berikan sebanyak-banyak info yang kita faham tentang produk kita..

Anda perlu

BERI INFO

BERI INFO

BERI INFO

Jangan hanya fokus untuk menjual semata-mata...

Bila prospek dah percayakan anda, mereka akan PM minta no akaun anda

2. Facebook Group

Kalau ada yang PERCUMA kenapa nak guna yang berbayar.

Di Fesbuk ada beribu-ribu group...anda cuma perlu cari dan join sahaja

Kalau boleh cari group yang aktif, jangan join group yang penuh dengan iklan tapi tak pernah ada respon atau komen daripada ahli(member)

Saya syorkan anda join group ini

1. Bicara Usahawan
2. Geng Bisnes Cikgu
3. Buat Duit
4. Senang duit
5, Promosi Bisnes Online
6. Peluang Perniagaan
7. Maharaja Iklan
8. Iklan Free 100%
9. Promosi Bisnes Online
10. Pengiklanan Terbesar Perniagaan Online Di Seluruh Malaysia

Sebenarnya ada banyak lagi group, tapi cukup 10 group ini untuk permulaan.

Apa yang anda perlu buat?

1. Anda join group
2. Offer hadiah PERCUMA kepada rakan-rakan di group. Hadiah PERCUMA boleh dalam bentuk Ebook, Audio, Video, sampel, kupon diskaun dan sebagainya
3. Minta mereka Pm untuk join group anda

Matlamat kita adalah untuk tarik mereka masuk ke group kita.

Bila mereka dah masuk dalam group, lebih senang untuk anda berikan lebih banyak awareness tentang produk anda

Bila prospek dah percayakan anda, anda tak perlu susah nak cerita panjang-panjang


3. Kumpul Senarai Emel

Mana-mana guru Internet Marketer anda syorkan anda kumpul email list sendiri. Tujuan membina emel list anda untuk membina kelompok pengikut anda. Bila dah ada pengikut, senang nak jual apa-apa produk.

Tapi sebelum mereka percayakan anda, anda perlu tunjukkan kredibiliti anda dulu. Untuk permulaan, anda perlu banyakkan memberi. Berkongsi tanpa jemu. Bila mereka dah selesa, jadikan mereka sebagai kawan.

Orang lebih mudah nak membeli daripada kawan yang dia kenal daripada orang yang langsung dia tak kenal.

Nak kumpul senarai emel mesti kena guna Autoresponder. Di pasaran ada macam-macam jenis Autoresponder. Ada yang PERCUMA, Murah, Sederhana dan yang MAHAL.

Macam biasa saya akan sarankan anda guna yang PERCUMA seperti berikut:

1. Listwire.com
2. Emelmatik.com

Sebabnya saya sendiri pun gunakan kedua-dua Autoresponder ini.

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara percuma, nantikan pos yang akan datang untuk mengetahui cara berbayar pula..
 





Cara Nak Daftar Autoresponder Emelmatik

Dah lama saya tak menulis di blog ini yer ...

Adakah anda sedang mencari Cara nak daftar Autoresponder Emelmatik?

Anda sangat bertuah kerana saya ada sediakan tutorial ringkas untuk rujukan anda. 

Kalau anda dah sedia, jom kita mulakan

Langkah 1 : KLIK DISINI

Langkah 2 : Isi maklumat yang diperlukan seperti gambar dibawah




 Langkah 3: 

Klik link warna BIRU seperti dibawah ini. Klik gambar dibawah untuk lebih jelas



Langkah 4 : 

Buka Emel yang anda dah daftarkan tadi dan anda akan dapat 2 emel seperti berikut:


Langkah 5 : 

Buka emel bertajuk [Emelmatik.com] - Selamat Datang dan download ebook panduan asas penggunaan emelmatik



Langkah 6 : 

Anda boleh mula gunakan sistem emelmatik untuk kumpul email list anda sendiri. Jika anda ada sebarang masalah bolehlah hubungi saya. Saya mendoakan anda berjaya dalam apa juga bisnes online yang anda jalankan.

Saya syorkan Autoresponder Emelmatik kerana saya sendiri sedang gunakannya. Sekali lagi ini link daftar yer : DAFTAR EMELMATIK

Sekian sahaja tutorial saya berkenaan Cara Nak Daftar Autoresponder Emelmatik.

sekian

Ikhlas
Abdul Halim Ismail

7 Kerja Online Freelance Yang Paling Top Di Malaysia

7 kerja freelance popular

Teks : Abdul Halim Ismail

7 Kerja Online Freelance Yang Paling Top Di Malaysia | Kerja Freelance ini membayar orang Malaysia sehingga US1,000

Pekerja Freelance di Kuala Lumpur telah meningkat 31.2% dan ianya meningkat di seluruh negara. Walaupun mendapat saingan yang sengit daripada pekerja mahir professional dari seluruh dunia, pekerja freelancer malaysia melangkah dengan bergaya dalam pasaran kerja online global dimana mereka berjaya mendapat kerja daripada luar negara seperti USA, United Kingdom dan Australia

Menariknya, usahawan dan peniaga dari Malaysia adalah dikalangan pekerja top untuk
freelance dari Malaysia merujuk kepada data terkini daripada Freelancer.com, iaitu platform
kerja Freelancing paling besar dimana hampir 110,000 penguna adalah daripada Malaysia

Kehadiran pekerja freelance daripada Malaysia dikuatkan lagi oleh reputasi yang baik, maklum balas positif daripada majikan dan paling istimewa kecekapan dalam bahasa Inggeris, IT dan reka grafik

Malaysia berada di Top 20 dalam dunia dimana pengguna Malaysia semakin bertambah dengan konsisten dan Malaysia berada di Top 4 di kalangan negara Asia Tenggara. Dengan kerja freelance yang memberikan kerjaya yang menguntungkan, dijangkakan semakin ramai rakyat Malaysia akan menyertai Freelancer.com dan bekerja secara online bersama-sama pekerja Indonesia, Philippines, dan Vietnam 


Berikut adalah 7 kerja Freelance paling popular diberikan kepada Freelancer dari Malaysia

1. PHP

Seiring dengan perkembangan e-Commerce, lebih banyak bisnes yang menggajikan programmer untuk membangunkan atau menguji laman web menggunakan PHP Secara purata, projek dalam kategori ini dalam lingkungan $300 hingga $1000 bergantung tahap kompleks sesuatu projek

2. Data Entry

Kerja kerja pejabat seperti data entry sangat mengambil masa menyebabkan kerja seperti ini selalu di outsourced Projek dibawah data entry selalunya memerlukan kemahiran dalam Microsoft Excel, web Scraping dan memproses data

3. Penulisan Artikel

Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi membolehkan penulis Malaysia untuk bersaing dengan penulis freelancer lain di seluruh Dunia. Kerja dalam kategori ini termasuk penulisan ghostwriting, penulisan teknikal, blog dan juga penulisan akademik

4. Reka Grafik

Selalunya memang cukup banyak sebab untuk mengupah pereka grafik- logo, bahan pemasaran dan juga rekaan tshirt Harga yang berpatutan berpadanan dengan kemahiran yang superb dikalangan freelancer Malaysia menyebabkan mereka menjadi pilihan tinggi sebagai pekerja

5. Rekabentuk Laman Web

Mengambil kira keperluan laman web yang memukau untuk menarik trafik dan seterusnya menukar kepada jualan pereka laman web boleh menjana pendapatan sehingga $1000 untuk satu projek

6. HTML

Pereka dan pemaju(developer) laman web dari Malaysia mendapat banyak kerja HTML untuk menyelenggaran atau menaik taraf laman web dimana selalunya untuk website e-commerce dan juga blog

7. Excel

Bukan sahaja rakyat Malaysia pakar dalam kerja kreatif, freelancer juga diupah untuk mengurus spreadsheets dan juga database menggunakan Excel

Daripada beribu kerja dan projek yang diposkan secara online daripada Malaysia dan negara lain, kerja freelance telah menjadi pilihan kepada pekerja mahir di Malaysia untuk menambah pendapatan, mendapat pengalaman atau menggunakan ia sebagai punca utama pendapatan

Sekiranya anda juga
berminat dengan kerja Freelance ini sila daftar di freelance.com

PS. Pihak jobdirumah ada menyediakan panduan bertulis dan video dalam bahasa MELAYU untuk kerja FREELANCE. Sila rujuk DISINI