5 Cara Nak Kumpul Email List Dengan Facebook

Kali ini saya akan kongsikan 5 cara nak kumpul email list dengan Facebook

Sebelum itu, kenapa medium Facebook? 

Disini saya senaraikan 7 sebab kenapa saya memilih medium Facebook untuk mengumpul email list

1. Orang Malaysia paling ramai mempunyai akaun FB
2. Medium Facebook paling kerap digunakan untuk berkongsi info
3. Maklumat di Facebook cepat jadi VIRAL
4. Facebook adalah aktiviti WAJIB orang Malaysia
5. Ramai golongan yang gunakan Facebook
6. Facebook mudah digunakan. Budak-budak hingga orang tua pandai guna FB
7. Nak daftar Facebook PERCUMA jer. Senang pulak tu..

Sekarang anda dah faham sekarang kenapa saya pilih Facebook kan? 


Sumber: Google.com.my

Faktor UTAMA medium facebook dipilih adalah kerana jumlah TRAFIK yang tinggi. 

Disini saya senaraikan 5 cara bagaimana anda boleh gunakan Facebook untuk kumpul list

1. Facebook Profile Anda

Apa yang perlu anda lakukan adalah selalu berkongsi maklumat yang berguna (ada value) kepada rakan-rakan FB anda. Maklumat yang nak dikongsikan jika boleh belum pernah dikongsikan oleh orang lain sebelum ini. Contohnya anda berkongsi tips cara untuk buat ayat copywriting. Sertakan link landing page atau squeeze page anda


2. FB Group

Mula-mula bina FB group anda sendiri. Kemudian buat pengisian maklumat berguna di group tersebut. Selepas itu, mula jemput rakan-rakan untuk sertai group anda tersebut. Untuk menarik minat rakan-rakan menyertai group anda, anda perlu berikan sesuatu yang berharga. Anda boleh tawarkan Ebook PERCUMA, tips dan panduan PERCUMA, promosi diskaun dan lain-lain

Biarlah ahli group anda sedikit tapi targetted. Maksudnya, yang join group hanya yang benar-benar berminat dengan tawaran anda. Sebagai owner group, anda boleh letak link landing page anda di pinned post.

Dengan adanya group sendiri, anda ada kuasa untuk mengawal group anda sendiri. Jika anda join group orang, anda perlu ikut peraturan yang ditetapkan oleh pemilik group. . 

Banyak FB group yang saya jumpa,ahli group lebih menumpukan kepada iklan semata-mata.Tanpa ada apa-apa pengisian.Group sebegini selalunya penuh dengan iklan SPAM yang bermacam-macam. 

3. Fanpage

Anda wujudkan satu Fanpage khas untuk bisnes anda. Letakkan link landing page anda di Fanpage Header. 

Untuk menggunakan Fanpage, bilangan like sangat penting. Anda perlu tingkatkan bilangan like supaya info-info yang anda sampaikan boleh berkembang kepada ramai orang. Cara nak tambah like boleh guna PERCUMA atau kaedah berbayar. Rujuk post 10 cara tingkatkan like fanpage


4. FB Notes

Buat nota perkongsian kira-kira 200-300 patah perkataan. Ceritakan tentang manfaat produk. Di peranggan akhir letak link menuju ke landing page anda.    


5. FB Ads

Ini merupakan teknik berbayar yang ramai gunakan untuk mendapat email list. Saya perasan individu yang buat bisnes Vxxxx selalunya akan gunakan cara ini untuk kumpul email list. 

Anda juga boleh gunakan cara ini. Siapkan dahulu landing page kemudian setting iklan Facebook(FB) Ads menuju ke landing page anda.  

Menggunakan FB Ads memang berbaloi jika anda tahu bagaimana nak dapat klik yang banyak dengan harga yang murah. 

Untuk rendahkan kos iklan di Facebook Ads, anda boleh buat kajian sendiri. Tapi, sekiranya anda tak cukup masa dan kurang mahir saya syorkan anda lihat panduan kumpul list guna FB Ads DISINI 

Panduan kumpul list guna facebook

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang 5 cara nak kumpul email list dengan Facebook. Diharapkan rakan-rakan semua mendapat manfaatnya









1 comments:

  1. Terima kasih Tuan Halim, perkongsian yang bagus. Sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan online khususnya yang tak mahir lagi dengan facebook ads. :-)

    http://www.azzahairi.com

    ReplyDelete