5 Langkah untuk Memulakan Bisnes Networking






5 Langkah untuk Memulakan Bisnes Networking | Bisnes networking adalah perniagaan berangkaian. Maksudnya, bisnes ini mesti kena ada rangkaian barulah boleh berjaya. Anda takkan berjaya jika anda cuma buat sorang-sorang. 

Anda perlu faham konsep bisnes dan pelaburan. Banyak bisnes online saya jumpa di internet yang menjurus kepada pelaburan. Maksudnya, anda cuma laburkan sekian jumlah, selepas tempoh tertentu, anda akan dapat pulangan berkali-kali ganda daripada pelaburan awal anda. 

Program jenis ini memang confirm ramai yang akan join. Sebab ramai diantara kita yang tak suka atau "malas" nak cari orang. Mereka risau tak ada siapa yang nak join dengan mereka. Sertai pelaburan lebih senang, serah je duit, lepas tu cuma perlu tunggu je...cukup tempoh dapatlah duit yang dijanjikan. Itupun kalau program masih aktif...

Sebelum ini, saya juga seperti anda juga, saya mencari program buat duit online yang tak perlu cari orang sebab saya tak pandai nak cari orang. Nak berkongsi dengan rakan-rakan pun malu. 

Jadi, saya pun buatlah promosi di laman iklan percuma, facebook group, blog, forum dan lain-lain medium pemasaran online. Tapi, tak ada sebarang hasil pun..buang masa je

Saya dah jumpa banyak bisnes networking di pasaran. Antaranya Shaklee, Cengreen, GDI, Doublestemcell, Herbalife, HPA, YSLM, Tone Excel, Tone Plus dan lain-lain lagi. 

5 Langkah untuk Memulakan Bisnes Networking

1.  Nak sertai bisnes networking ni senang je. Anda cuma perlu keluarkan sedikit modal untuk daftar sebagai ahli, selepas tu anda dah boleh mula buat bisnes. Tapi suka saya ingatkan disini, buatlah bisnes yang anda sendiri minat. Jangan join bisnes yang anda tak minat, sebab nanti cepat mengalah dan putus asa. 

Saya ambil contoh bisnes Shaklee. Anda yang memilih bisnes ini, mestilah yang jenis rajin makan ubat atau supplemen. Kalau anda sendiri pun susah nak telan vitamin yang bermacam-macam jenis tu, anda rasa boleh ke anda nak kongsikan kehebatan vitamin ini kepada orang lain? Anda pilih bisnes yang produknya itu anda akan gunakan dalam kehidupan harian anda. Apa-apa pun kenalpasti minat anda terlebih dahulu.
2. Selepas anda dah tahu dimana kecenderungan anda, anda mesti cari seorang mentor. Selalunya orang baru sukar nak bergerak sendiri tanpa bimbingan. Oleh itu ,sebelum sertai bisnes networking anda perlu cari mentor atau guru yang boleh bimbing anda jadi macam dia. Macam mana nak cari ? 

Saya syorkan anda buat carian di internet. Selalunya mereka ini berkongsi pengalaman mereka di blog. Anda cuba baca blog mereka, adakah mereka selalu sampaikan info yang bernilai buat pembaca mereka atau sekadar promosi semata. Seorang guru yang baik selalunya menyampaikan ilmu secara ikhlas di blog mereka.

3. Langkah seterusnya adalah anda perlu gunakan produk yang anda niagakan. Ini sangat penting agar anda dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan produk tersebut. Selepas dah gunakan produk tersebut, berkongsilah pengalaman anda tersebut dengan orang lain pula. Inilah aktiviti yang selalu dibuat oleh setiap orang setiap hari. 

Adakah anda perasan bahawa perkara yang paling kerap dikongsikan orang adalah pasal makan. Andai kata semalam rakan anda telah pergi makan di satu restaurant yang baru dibuka. Masakannya memang betul-betul sedap. Sudah tentu rakan anda tu tak sabar nak berkongsi dengan anda. Begitulah perkara sama yang anda perlu lakukan untuk bisnes anda. Kongsikan kelebihan menggunakan produk. 

4. Sebenarnya anda tak perlu jual produk untuk berjaya dalam bisnes networking. Apa yang paling penting adalah anda perlu dapatkan rakan niaga yang akan buat perkara sama yang anda lakukan sekarang iaitu gunakan produk tersebut dan berkongsi pengalaman dengan orang lain

Semakin cepat rakan niaga anda berkembang, semakin meningkatlah pendapatan anda. Penekanan yang harus diberikan adalah apa yang anda akan dapat bila guna produk ini. Lebih cantik? Lebih gebu? Semakin kurus? Lebih Jimat? dan sebagainya..  

5. Pelbagaikan kaedah pemasaran. Antara kaedah pemasaran yang boleh anda digunakan adalah pemasaran blog, forum, youtube dan facebook. Kalau anda tahu gunakan semua kaedah pemasaran online adalah lebih baik. Tapi sekiranya anda masih baru. cubalah belajar buat satu per satu. Susah susah sangat rujuklah dengan mentor anda. InsyaAllah mereka pasti sudi membantu

0 comments:

Post a Comment