2 Perkara Penting Untuk Blog Baru

2 Perkara Penting Untuk Blog Baru - Saya perhatikan ramai remaja mempunyai blog. Kebanyakannya remaja perempuan. Walaupun mereka masih di bangku sekolah, jangan hairan jika mereka boleh membina blog yang sangat cantik.

Tapi, walau secantik mana pun blog tersebut, 2 perkara ini sering menjadi perhatian oleh seorang blogger. Tanpa kedua perkara ini seolah-olah blog itu tak boleh hidup. Izinkan saya kongsikan

1. Bagaimana Nak Promosikan Blog

Persoalan ini akan selalu bermain di fikiran blogger baru. Macam mana nak promosikan blog? Yelah..Dah tulis macam-macam cerita di blog. Takkan nak baca sorang-sorang pulak. Saya senaraikan 6 cara promosi


Blogwalking

Salah satu cara mudah ialah dengan blogwalking. Istilah ini sangat popular di kalangan blogger. Blogwalking ini macam ziarah la. Anda ziarah blog rakan anda, kemudian komen entri blog mereka sambil tinggalkan link blog anda.

Group Blogger Facebook

Anda juga boleh join group blogger di facebook untuk meramaikan lagi kenalan.
 
Komuniti Blogger Sekolah/Universiti

Ajak rakan-rakan sekolah atau universiti untuk buat blog sama-sama dengan anda. Kemudian, wujudkan satu komuniti blogger di sekolah/Universiti anda.

Belajar SEO

Ini adalah teknik promosi blog yang paling best sekali. SEO ataupun Search Engine Optimization telah banyak dibincangkan oleh ramai blogger. Kelebihan menggunakan SEO adalah anda tak perlu susah payah buat panggil orang datang ke blog. Tapi, orang tersebut yang datang sendiri. Saya akan kongsikan dalam post Kelebihan SEO

Iklan di Blog Trafik Tinggi

Kalau boleh gunakan kaedah promosi yang PERCUMA terlebih dahulu sebelum keluarkan bajet untuk promosi berbayar. Antara promosi berbayar yang agak popular adalah sewa iklan di blog yang tinggi trafik. Cara nak cari mudah jer. Buat Carian "sewa iklan blog trafik tinggi" di google.com

Giveaway, segmen & Contest

Anda juga boleh menganjurkan giveaway, segmen dan juga contest. Ini adalah kaedah promosi blog yang paling kerap digunakan oleh blogger.




Kredit: Google.com.my


2. Tingkatkan Trafik Blog


Perkara kedua ini berkait rapat dengan promosi blog. Biasanya selepas promosi, blogger mengharapkan trafik ke blog juga akan meningkat. Saya tak salahkan mereka kerana itu adalah lumrah kepada orang baru. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sebanyak trafik ke blog mereka.

Sesunguhnya konten blog haruslah diberi perhatian. Sebab yang datang melawat blog anda adalah manusia. Jadi, entri biarlah menarik dan unik. Maksudnya, entri tu cuma boleh dibaca di blog anda sahaja. Dari situ anda menyebabkan pelawat datang semula ke blog. Inilah perkara paling penting untuk sesebuah blog.

Berikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca blog. Maklumat yang dikongsikan juga dapat menarik perhatian pelawat untuk terus melekat di blog anda lama-lama. Kalau anda pandai pasal kamera. Ceritakan bagaimana nak ambil gambar yang cantik, cara setting kamera, lens jenis apa nak pakai dan macam-macam lagi. 

Sekian sahaja 2 perkara penting untuk blog baru yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Semoga bertemu lagi...

2 comments:

  1. Good Info..Thanks sharing.. Jom dapatkan produk kecantikan & kesihatan disini ye http://shakleemamashop.blogspot.com ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih #Shaklee Mamashop kerana menjadi yang pertama komen di blog saya ni. Semoga bisnes semakin maju hendaknya

      Delete