Cara Nak Buat Minisite Guna Template Wordpress

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni saya akan berkongsi cara nak buat minisite guna wordpress.

Minisite Wordpress

Apa benda Minisite ni? 

Minisite adalah laman web jualan. Selalunya satu page sahaja. Minisite juga boleh dijadikan sebagai landing page untuk mengumpul database pelanggan. 

Selama ini ramai yang gunakan blogspot sebagai minisite. Tapi tak ramai yang gunakan worpress, sebab tak ada template minisite. Hari ni Mr Boon sudi berkongsi satu template minisite wordpress PERCUMA untuk anda. Anda boleh download template ini dan gunakannya untuk membina landing page wordpress anda sendiri.


Wordpress tu apa pula

Wordpress adalah platform popular untuk membina website. Sama seperti blogspot yang boleh digunakan untuk buat website. Wordpress amat sesuai untuk semua laman web jualan.

Kenapa?

1. WP adalah percuma
2. WP adalah sangat fleksibel
3. WP mempunyai pelbagai plugin dan boleh dapat secara percuma
4. WP mudah digunakan
5. tidak perlu software untuk edit kandungan website, cuma login dan edit sahaja
6. dan banyak lagi....

Oleh itu Minisitelah!com diwujudkan sebagai gedung theme minisite dan ia adalah direka khas untuk usahawan internet yang tidak mahu belanja ratusan ringgit untuk membina webjualan mereka.

Berikut adalah cara untuk menghasikan webjualan dengan Minisitelah!com :

1. pilih theme
2. download theme dan install theme di WP
3. create page dan masukan sales letter
4. klik publish dan web jualan anda telah live!

Senangkan?

Kalau rasa berminat dan ingin mencuba-cuba 'bermain' dengan template minisite wordpress ini bolehlah dapatkan disini >>>
http://www.minisitelah.com
 
Sementara masih percuma ni grablah dulu,ye tak :)

Baiklah,ini saja perkongsian saya hari ni 

Cara Nak Cari Idea Bisnes


idea bisnes
Cara nak cari Idea Bisnes | Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk cari idea bisnes

1. Apa masalah yang anda hadapi baru baru ini? Atau apa masalah rakan anda?

Masalah keadaan dalam rumah yang panas
Masalah lipas, semut dan tikus berkeliaran dalam rumah
Masalah migrain
Masalah jerawat
Masalah sinus
Masalah berat badan
Masalah muka gelap
dan sebagainya

Bila ada masalah, disitulah peluang untuk anda buat duit. 

2. Apa kepakaran yang anda ada? Berikut saya senaraikan beberapa kemungkinan

Kepakaran anda buat website--tawarkan servis buat website
Kepakaran anda menulis blog - tawarkan servis buat blog
Kepakaran anda buat video - tawarkan servis buat video
Kepakaran anda buat grafik - Tawarkan servis buat grafik
Kepakaran anda menulis ayat jualan - tawarkan servis buat ayat jualan
Dan lain-lain lagi

3. Apakah hobi anda? cuba senaraikan disini

Adakah anda boleh gunakan hobi anda untuk buat duit?

Contohnya :

Hobi membuat bakul- boleh menjual bakul yang dihasilkan untuk buat duit
Hobi tanam pokok- Anda boleh jual anak benih pokok untuk buat duit
Hobi memasak- anda bole jual kek, biskut, cupcake, dadih dan sebagainya
Hobi fotografik - ambil upah di majlis kahwin, majlis korporat dan sebagainya
Hobi melayari internet - Sambil layari internet, promote produk orang lain. Ada jualan, ada komisen


Setakat ini saja perkongsian saya tentang cara nak cari idea bisnes.Anda dah jumpa idea bisnes? Jom kongsikan



Lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet.

Lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet | Sebagaimana yang saya telah janjikan dalam post disini, hari ini saya akan kongsikan beberapa lubuk supplier yang saya tahu .Mungkin ada rakan yang dah tahu lubuk ini, tapi...tak semestinya semua orang dah tahu kan?

Saya mulakan lubuk supplier untuk produk fizikal

1. Majalah.com


Disini pusat ramai pembekal, pemborong, dropshipper dan peniaga berkumpul. Ada macam-macam jenis perniagaan yang ada disini. Saya mendapat tahu tempat ni pun selepas membeli satu ebook. Jadi, tanpa membuang masa silalah berkunjung ke majalah.com

Kepada yang baru nak mula belajar berniaga, saya nasihatkan anda buat bisnes dropship. Sebabnya bisnes dropship ni anda tak perlu keluar duit untuk beli produk. Tugas anda hanya memasarkan produk. Bila ada tempahan baru anda order dengan dropship

2. lelong.com.my

Disini juga berkumpul pemborong, pembekal, peruncit dan peniaga produk-produk fizikal. Ada pelbagai jenis produk merangkumi produk electronik, pakaian, aksesori kenderaan, produk untuk kegunaan di rumah, produk suami isteri dan lain-lain

Cuba anda lihat di bahagian best selling produk untuk mengetahui produk yang paling banyak dibeli. Mungkin anda boleh mula menjual produk tersebut  

3. dropship.im

Disini kebanyakan produk adalah produk kecantikan dan produk kesihatan, Jangan anda tak tahu, produk macam ni sangat laris di pasaran

4. edymall.com


Untuk mendapatkan lebih banyak lubuk dropship, rujuk Master Dropship Dalam 30 Hari

Senarai seterusnya adalah lubuk untuk produk digital atau lebih dikenali dengan affiliate

1. Ashadee.com 

Sejumlah 147 produk yang disenaraikan disini. Anda boleh pilih produk best seller untuk bermula



2. klikjer.com



3. agenaffiliate.net




4. Aztetic.my


Setakat ini sahaja perkongsian tentang lubuk supplier produk fizikal dan digital di internet

InsyaAllah, jika ada lubuk baru, saya akan tambah

5 produk hot di pasaran

Ramai yang mencari cari cara untuk menambah pendapatan. 

Salah satu cara yang disyorkan adalah melalui bisnes.

Ada 2 jenis model bisnes iaitu bisnes offline dan juga bisnes online.

Bisnes Offline

Bagi yang kurang mahir tentang IT selalunya akan pilih bisnes offline. Contoh yang paling mudah adalah bisnes di bazar ramadhan seperti bisnes makanan, bisnes minuman, bisnes kosmetik,bisnes pakaian, bisnes makanan tambahan dan lain lain lagi.

Nak buat bisnes offline anda perlu sewa tapak seperti gerai ataupun kedai. Tempat juga perlu strategik. Perlu cari tempat yang ada ramai orang. Sewa tapak selalunya bergantung kepada tempat. Makin popular tempat tu, makin mahallah sewa tapak. Itu tak termasuk lagi kos nak beli canopy, generator set(berniaga malam), petrol, kenderaan dan lain lain kos.

Bisnes online

Nak memulakan bisnes online anda cuma perlu ada komputer, sambungan internet, ilmu dan minat. 

Tak dinafikan sekarang ni kebanyakan rumah sudah ada komputer dan sambungan internet. Tapi, selalunya hanya digunakan untuk tujuan bersosial dengan rakan rakan melalui facebook, twitter, instagram dan sebagainya.

Sebenarnya anda boleh menjana pendapatan di internet, daripada anda bergosip atau bersembang kosong yang tiada faedah lebih baik gunakannya ia untuk buat duit.

Sama macam bisnes offline, bisnes online juga perlu ada tapak. Untuk bisnes online anda tak perlu keluar kos untuk menyewa tapak. Anda boleh gunakan blog, Fanpage, Forum, mudah.my, lelong.com, ebay dan sebagainya. Saya syorkan anda guna yang percuma dahulu sebelum cuba yang berbayar.

Anda berminat nak buat bisnes tapi tak tahu nak jual apa?

Salah satu cara nak mencari idea produk atau perkhidmatan adalah dengan membuat pemerhatian terhadap persekitaran dan sekeliling anda; cari permintaan terlebih dahulu sebelum memilih produk atau perkhidmatan 

Langkah seterusnya adalah memberi tumpuan kepada minat dan kemahiran anda.

Kesesuaian bisnes dengan minat, bakat, kemahiran , pengetahuan dan pengalaman diri kita sendiri adalah penting. Kesesuaian menjadikan diri kita sentiasa bersemangat dan gembira menjalankan aktiviti bisnes.

Anda boleh ikut cara berikut untuk memilih jenis bisnes yang bersesuaian dengan diri anda sendiri

1. Penilaian diri sendiri

a. Kemahiran kerja saya termasuk .......

b. Pengalaman kerja yang saya ada ..................

c. Latar belakang pendidikan saya .................

d. Hobi saya termasuk................

e. Saya benar-benar (suka atau tidak suka ) bekerja dengan orang dewasa, orang yang lebih tua, kanak-kanak, binatang, serangga, mesin, tanam-tanaman, makanan ataupun dengan teknologi

f. Saya tidak suka melakukan kerja didalam (ya/tidak) ataupun di luar rumah (ya/tidak)

g. Saya suka aktif (ya/tidak) ataupun duduk sahaja (ya/tidak) semasa menjalankan kerja-kerja saya

h. Saya seorang yang suka memulakan sesuatu dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas harian bagi memenuhi keperluan permintaan bisnes (ya/tidak)

i.  Saya menganggarkan dengan realistik beberapa jam dalam seminggu bagi digunakan dalam membangunkan bisnes baru saya (ya/tidak)

j. Pada tarikh _______ saya pasti dapat menjalankan operasi bisnes saya di rumah

2. Senaraikan idea-idea bisnes yang bersesuaian dengan kebolehan, minat, gaya hidup dan juga keluarga

Disini saya senaraikan 5 produk/niche yang memang hot di pasaran:

1.Produk Pelaburan:

Panduan Forex
Panduan Saham
Panduan Silver


2.Niche buat duit:

Buat duit dengan facebook
Buat duit dengan blog


3.Niche Kerjaya:
Panduan Temuduga
Panduan Lulus peperiksaan


4.Produk Kesihatan dan Kecantikan

5.Produk Kebahagiaan Rumah Tangga 


Tugas anda sekarang adalah kenalpasti produk apa yang anda minat dan nanti kita sambung  dimana nak cari produk, nantikan...




Mencari Peluang Buat Duit Raya 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang bisnes online

Saya yakin..ramai yang berkeinginan nak tambah income sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi..kan?

Jika anda perasan sekarang ni dah mula muncul pelbagai program buat duit di internet yang menjanjikan bulan dan bintang (modal kecil, pulangan besar..ada yang boleh dapat juta-juta)

Saya harap rakan-rakan berhati-hati sebelum join mana-mana program buat duit. 

Bukan apa..selalunya time begini banyak pihak yang suka ambil kesempatan atas kesempitan/kesusahan orang lain.

Niat di hati nak tambah income..last sekali makin banyak pula duit yang kena keluar

Banyak sangat program menjanjikan peluang mudah mendapat pendapatan lumayan tanpa tak perlu susah payah ..

"join je ..lepas tu goyang kaki dapat duit, tak perlu cari orang"

Ramai yang suka join program yang sebegini kerana mereka fikir inilah cara mudah untuk buat duit.

Sedangkan kalau semua sekadar tunggu sahaja tanpa usaha, masakan duit boleh datang dengan sendiri. Takkan nak harap duit limpahan semata-mata

Banyak program yang saya perhatikan menggunakan yuran pendaftaran untuk bayar kepada ahli yang join program lebih awal. Jadi, sapa cepat join program untunglah sebab bila ada ahli baru masuk, mereka ni sure akan dapat duit. Apa jadi sekiranya tak ada kemasukan ahli baru ? Adakah mereka mampu bayar anda mengikut sepertimana yang dijanjikan?

Sekiranya anda jenis yang ada duit tapi tak tahu nak cara nak biakkan duit, tak suka nak cari-cari orang, lebih baik anda belajar main saham dengan cara yang SAH dan BETUL. 

Bukan dengan sertai skim pelaburan di internet yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia. 

Saya syorkan anda dapatkan panduan main saham cara yang sah lagi HALAL. Ini adalah kerana anda akan dapat belajar melabur di kaunter patuh syariah sahaja.


Namun begitu sekiranya anda jenis yang minat bisnes, saya syorkan anda buat bisnes online tanpa produk sendiri. Model bisnes yang saya maksudkan adalah dropship dan juga affiliate

Bisnes Online Dropship



Untuk menjalankan bisnes dropship, apa yang anda perlukan adalah tapak untuk menjual dan juga supplier(dropshipper)

Sekiranya bisnes offline, tapak menjual adalah gerai atau kedai (anda perlu bayar sewa kedai, bil letrik, air dan sebagainya)

Manakala untuk bisnes online, tapak menjual adalah seperti blog, fanpage, forum, website, youtube, twitter, instagram dan sebagainya 

Kebanyakan tapak menjual ini anda boleh buat secara percuma sahaja.

Untuk orang baru, saya nasihatkan anda mulakan dengan apa yang anda ADA dan PERCUMA

Untuk itu, saya syorkan anda belajar buat blog terlebih dahulu. Sebabnya anda boleh buat blog secara PERCUMA menggunakan blogger.com

Selepas dah tahu buat blog, barulah anda belajar cara nak tarik trafik ke blog anda dan seterusnya bagaimana nak buat jualan. 

Dalam post seterusnya, saya akan kongsikan dimana nak cari lubuk supplier..nantikan







Segmen blogwalking SEBELUM puasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini adalah segmen blogwalking pertama yang saya follow. 
So, kalau sudi follow la blog saya..InsyaAllah saya akan follow blog u all balik yer ;-)
http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/segmen-blogwalking-sebelum-puasa.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway Cash RM150 MrJocko


Assalammualaikum / Salam Sejahtera

Ini merupakan giveaway pertama yang saya sertai

Giveaway Cash RM150 MrJocko

KLIK BANNER DIATAS UNTUK JOIN

TARIKH TAMAT : 22 JUN 2014